alhamdulillah akhirnya terungkap jua masalah sebenarnya....kita tak dapat menjangkau apa yang ada di hadapan sehinggalah kita yang mengalaminya....moga nani dapat beritahu kitaorang tentang penyakit yang dialami dapat juga kami kongsi bersama....pas ni jangan lupa inform perkembangan mu kat blog k?
ada kebenaran seperti yang pernah diungkapkan...
Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."
Begitu juga apa yang ko alami...rezeki dalam kerjaya..tahniah lah dapat gred yang membanggakan DG paling2 DG41 dah pasti!
shake
Wednesday, October 21, 2009
???????.......masalah kesihatan ape nani?
JUMPA LAGI
Assalamualaikum.......jumpa lagi kekawan yang masih setia dengan blog kita. Alhamdulilah aku masih diberi kekuatan untuk terus bersama-sama melayari blog ini walaupun datang menjenguk sesekali. Yang penting masih menjenguk. Bagi aku tahun ni adalah tahun rezeki n ujian buat aku semua. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua tu. Bulan puasa bulan rezeki wat ku salah satunya aku dapat naik DG (ali tau ler bab DG ni n tak lama pas tu dapat pulak GC....alhamdulilah) Tapi disebalik dapat rezeki ada pulak ujiannya. Raya tahun ni betul-betul ujian wat aku. Bapak aku sakit sejak sebelum raya dan kini masih dirawat di Hospital Daerah Kota Tinggi. InsyAllah mudah-mudahan akan sembuh dalam masa terdekat. Sehari sebelum raya pulak aku sakit. Tu yang raya ni raya ni tak dapat nak pi mana2. Selama tempoh tu sehinggalah aku duduk mengadap dan menulis kat blog ni aku baru rasa nak hampir pulih tu pun puas aku cari penawar p berubat kat mane2. P hospital n klinik naik muak aku nak terangkan sakit aku tapi tak gak dapat detec hinggalah semalam baru ku terpk nak p pakar n aku dah temui apa puncanya.....Ko orang doakan la mudah-mudahan aku akan sembuh wat selamanya......
Tuesday, October 20, 2009
RAYA DAH ABISS Oiii!
Korang mesti tak abis2 nak beraya..walaupun raya dah abiss dua ari lepas.....lagu raya masih berkumandang lagi.. ali, ko tukar le pulak lagu lain...nanti aq tukar lagu selimut putih kang ..terus x semangat nak koje apatah lagi nak hidup....
Kadang aq pun naik cemas dan takut bila nak menghadapi perubahan dalam hidup apatah lagi sememangnya kita kena hadapi saat 'itu'..maksud aq kematian & musnahnya dunia lagi2 bila tengokvideo planet NIBIRU menghentam bumi walaupun itu cuma imaginasi tapi itulah yang pasti berlaku satu masa nanti..itu baru kecik...sedangkan yang tercatat dalm alquran lagi hebat kan????
JUSTERU.....aq sentiasa berdoa kepada allah agar sentiasa ditetapkan iman dan islam dalam diri aq,suamiku,ibubapaku,anak2ku,saudara2ku,muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminah...amin!
Wednesday, October 7, 2009
Assalamualaikum..Selamat hari raya sumerrrrr...
Pejam celik pejam celik raya dah nak sampai ke penghujungnya..hari ni dah raya ke 19.
rasa macam kejap je..x puas beraya dikampung dah nak balik kebandar semula..
memandangkan suamiku cuti pada raya ni,apalagi kami pun beraya sakan..
di tempatku sekarang ni sedang sibuk buat marhaban..
Anak kerbau dalam paya
selamat hari raya
susu lembu dalam tin
maaf zahir batin
seladang mati dalam khemah
jemputlah kerumah




