selamat hari raya
maaf zahir dan batin
andai ada kesilapan n kesalahan yang tak disedari...
semoga bergembira di hari raya....
daripada shake & keluarga
Friday, September 18, 2009
Thursday, September 17, 2009
MAAP ZAHIR BATIN
Mata kadang- salah melihat,
Mulut kadang salah terucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan sebarang kesilapan yang pasti ada.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
ali n keluarga ktn pahang
Monday, September 7, 2009
TERTINGGAL PLAK!!
Aku terlupa lak nak komen sikit.... Korang buat cacatan kat blog kita ni selalu tak tulis nama!! Pening ler kepala aku yang semakin dimamah usia ni nak mengagak sapakah gerangan penulis nyer!! Kat opis dah ler banyak pikir, balik rumah nak pikir lain lak. Kalau boleh bila jengok blog tu, akau tak nak pikir2 lagi dah!
Jadi aku nak mintaklah korang semua tolong ler perkenalkan diri bila tulis tu!! BOLEH? TOLONG KAMI BANTU KAMI.........
Sali....
TENGGELAM TIMBUL
Hi Kekawan,
Aku minta maaf sbb lama dah tak menjengah blog kita ni. Mula-mula tu aku terlalu sibuk sangat. Keluar rumah tak nampak matahari. Balik rumah pun matahari dah tak nampak. Pas tu bila keadaan kerja aku dah okey sikit, aku nak buka blog tak boleh masuk plak!!
Hari raya tahun ni giliran suami aku. Jadi kena beraya di rumah mertua aku. Insyaallah, aku akan balik ke AT5 pada hari raya ke dua. Jemput ler datang rumah mak aku. Korang ada tak pada raya ni? Aku selalunya kalau balik AT5 terperap jer kat rumah, tunggu tetamu datang. Kalau kau orang ada boleh ler aku anak beranak datang menziarah - untuk mengeratkan lagi silaturahim kita yang dah terputus dan baru nak bercantum kembali nih. Dalam handphone aku cuma ada HP tiga org jer - Alam, Nani dan Jijah. Ali, Shake, Asnita - apa nombor korang? Kat blog ni ada senarai nombor HP tak?
Panjang lak aku tulis, nanti kau orang boring lak nak baca. Apa-ape pun aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" walaupun dah agak terlambat. Better late than never!!. Aku minta maaf sebab tak dapat nak menghantar kad pada kau orang semua. Dah lama aku tinggalkan aktiviti menghantar kad raya ni. Jadi dalam blog ni aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMPUT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN". Kalau ada yang terkasar bahasa, terkecil hati, aku minta maaf dan kalau ada yang termakan dan terminum tu, aku minta halalkan. Bye! Sali.....




