Sehari sebelum raya aji aku dah balik kampung..suami aku dapat cuti 4 ari..tapi punyalah padat jadual tiap ari..ingatkan nak pegi umah nani,nak ajak aziza adam ngan rosni sekali, tapi tak berkesempatan langsung..jumpa aziza adam pun tak sempat..apalagi rosni yang jauh dari rumah aku..bezy betul sebab raya pertama tu, pada sebelah petang lepas sembahyang jumaat,adikku asim buat korban...sembelih kat depan rumah mak aku je..ingat nak berayalah pada malamnya tapi dah tak larat sangat..kepenatan...tak bergerak kemana2 pun..dok mengadap tv jelah..pulak tu malam tu cite nur kasih episod akhir..
Hari sabtu dah nak pegi rumah mak mertua pulak..tu pun tak tido kat sana..petang tu jugak pegi segamat ngan mertua dan ipar duai..tido kat rumah anak sedara sebab esoknya ari ahad ada jemputan kawin anak sedara bapak mertua aku kat kampung air panas tenang..
Hari ahad pukul 10 dah bertolak nak pegi jemputan kawin tu..di ringkaskan citelah,dalam pukul 2 petang tu aku bertolak balik pulak kerumah sendiri..tapi bukan terus balik..singgah pulak kat kluang,bukan nak singgah rumah shake..tapi nak pegi MARDI..nak tengok rumah anak bujang aku..dia praktikal kat MARDI selama sebulah setengah..staylah kejap kat rumah dia dalam 1 jam..dah puas ati tengok tempat dia sume okey..barulah balik terus kerumah..sampai rumah dah pukul 8 malam...
Gitulah cite aku dihari raya aji tuari..diringkaskan je tu..kang boring pulak kengkawan nak membacanya..jadi kesimpulannya memang aku tak sempat langsung nak menziarahi teman2 sekampung....
Sempat lagi posing ngan anak bongsu aku,sementara menunggu suami masuk keta..nak pegi rumah mertua kat bukit besar..