Friday, January 30, 2009

ELAKKAN HIDANG NASI BUNGKUS KEPADA SUAMI

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga.Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun.“Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” ..“Wanita solehah juga seharusnya tidak bercakap dalam telefon dengan bukan muhram dengan suara manja kerana itu boleh menimbulkan fitnah.“Semasa di rumah, jangan asyik bergayut di telefon dan menghantar sistem pesanan ringkas.“Semasa di rumah, mereka mestilah berhias dengan baik bagi memikat hati suami. Jangan pula menghias diri berlebihan ketika keluar rumah,” katanya.Beliau juga menceritakan satu kisah seorang wanita yang taat pada suami pada zaman Rasulullah s.a.w, sehingga tidak menziarahi ibunya yang meninggal kerana tidak mendapat keizinan suami yang keluar untuk berperang.

ali.ktn

Wednesday, January 28, 2009

CARA-CARA MENAHAN MARAH

7 cara menahan marah

  • Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti sabar, tenang,baik hati dan lain-lain.
  • Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika dia hendak marah dan ingat tentang keburukan apabila marah serta ingat akan kelebihan apabila menahan marah.
  • Bersedia memaafkan kesalahan orang lain
  • Meminta perlindungan kepada Allah
  • Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk dan seterusnya.
  • Tidak berkata-kata kerana berkata-kata boleh menambahkan kemarahan
  • Berwuduk kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api hanya air wuduk yang dapat membantu memadamkan api kemarahan.

GEMA DERITA

GEMA DERITA
Laungan suara mohon pembelaan

Bergema di seluruh maya
Diinjak kedaulatannya
Dicabul maruah bangsa
Tertoreh parutan luka
bisa merosak jiwa bangsa

Fakirnya jiwa manusia
tika mengukir nama di persada
menggempur kuasa gila
merentas sempadan kuasa
mempertaruhkan dendam berbisa

Hidup dilingkari derita
di setiap penjuru penuh sengsara
Anak kecil tidak berdosa
menangis. . .meratap hiba minta dibela

Fakirnya jiwa manusia
jauh dari rasa simpati
Bumi merdeka punah terbakar
disasari hujan peluru
punah satu persatu

Darah merah pekat mengalir
hanyir ditiup angin semilir
Namun tiada insan terpanggil
membantu, membela maruah
nasib si kecil

-ABADIZA-
Sajak ni aku cipta khas masa Amerika menyerang Iraq. So bila berlaku serangan di Gaza tingat balik aku pada sajak ni. . .kesian mereka. . . kita hanya mampu mendoakan dari kejauhannn...

Tuesday, January 27, 2009

Aku rasa kan.....

masing2 x de idea nak masukkan artikel kat blog....aq pun alami perkara yg sama.rasanya membaca blog aje pun ok pe....seronok tengok perkembangan baru kengkawan...nak upload gambo...gambo x de yg baru kot....dahle kita punya chater x berapa ramai...yg ada pun tengah sibuk...apa kan daya....asal jangan blog kita berkubur udahle...sedih rasanya... everyday aq sentiasa bukak blog w.pun kadang x memuat turunkannya!.....shake09'



Assalamualaikum, kekawan mane le p menghilang...lame tak baca citer. Shake, Ali ,Salina, Hasnita,Alam,Jah n n n cuti sakan nampaknye sempena raya cina. Jah ari pertama cuti raya cina aku jumpa n kita mandi sesama kat kolam renang punggai. Tempat ni best gak coz tepi laut. Aku rasa kekawan yang lain pernah gak jengah Punggai Beach Resort ni. Next time kalau de rezeki n kelapangan kita cuba arrange kan masa untuk bersama-sama kekawan seangkatan kita bercuti kat sini. ..

Saturday, January 24, 2009

ALLOWWW....

Sori laa ekk. aku bz sangat laaa. tak sempat nok beborak ngan korang. Diri aku sendiri pon tak sempat nak urus.

Tak pecaya korang tengok laa wajah terbaru aku nii.
ali.


Friday, January 23, 2009

JANGAN LUPE. . .

Assalamualaikum. . .

Hai kekawan walaupun korang dah de blog masing-masing jangan le lupe nak singgah kat main blog eaa. . . nanti sepi pulak. . . kata orang tu sambil menyelam minum air. Nak p blog korang kan lalu blog srkat05 jangan lupe tau singgah ! ! !

Woi Ali lame aku tak baca tulisan ko. Ko p mane a. a. . .. busy eaa? tak kan ko pun dah sampai palestin tak balik2.... kurang2 sebelum p tu ko dah tinggalkan pesanan untuk kita orang yang tinggal kat blog ni. . .

Thursday, January 22, 2009

Ni Ler Antara Keje Aku. . .



Ni ler antara keje aku kat sekolah walaupun penat tapi aku suka . . . best. . . kurang-kurang aku berpeluang untuk xcise ngan member2. Gambar ni masa aku kat Segamat sempena kejohanan Bola jaring MSSJ tahun lepas. . . Dia orang ni group yang sporting semuanya mak-mak orang n nenek orang pun de gak, kalau de pun yang single cuma sorang dua je . . .

Hai. . .


Assalamualaikum lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Rindu gak rasanya.Wah bukan main rancak ea ko orang ngan blog masing-masing bagus ler kurang-kurang tambah celik hati korang tentang dunia IT ni. Terutamanya mak-mak anak polis tu bukan main terrer dia sekarang. Aku gak yang terkial-kial godeh sana sini tup-tup sekali aku chek dah de tiga blog. . . shake tolong kejekan blog aku. Aku nak ko bunuh dia tinggalkan satu blog je k. . . he. . .he. . .

Ni kan gambo aku masa p pra bercuti ari tu. 2 orang tu anak sedara aku. anak aku yang kecik tu je yang ikut. . . ni kiranya aku yang terkini . . . makin berat beb !!! he. . .he. . . suka ati coz dapat jumpa n berhubung ngan ko orang.

Apa kata kalau.....

nani ko antar aje kat blog yang biasa kita tulis....iaitu blog srkat05 tu....aq x leh bukak ko punya mssg....soal blog ko tu pasti nanti leh settle...lama x tengok ko punya mssg....ali lagi lama....almaklumlah lepas geram kat blog sendiri katakan!..(ye ke ali?) shake09'

Tuesday, January 20, 2009

meraikan kejayaan



mlm selepas keputusan upsr.tahun 2008.yg pakai topi ank yg.sulong,tudung putih ank no4,tudung itam yg.bongsu....(dah boleh istihar) dh 41 ni kan...depan yg bongsu tu ank no2.ank no3 x da dlm gambo..yg lain tu korang kenal kan.

APO NAK DIKATO.........

....sebenonya aq nak muat turunkan gambar ni kat blog aq sendiri tapi malangnya blog aq tengah demam...demi melancarkan aktiviti memblog ni aq turunkan kat sini....gambar kenangan ngan lakiaq masa mes night tahun lepas kat Persada Johor..aq ni jarang bergambo tu yang x berapa ada stok gambo....x cam nani n sali...banyak koleksi...nantilah aq ambik gambo baru....banyak gambar pun takut x muat kang blog kita....(ye ke?).....shake09'

Sunday, January 18, 2009

HEPI BESDAY!!!!


kalo tak silap aku arini besday azizah kan. kalo yer
HEPI BESDAY 2 U laa ya..

Takde menda aku nak antor. terimalah kek ni sebagai tanda kawan..

ali.

Saturday, January 17, 2009

GADO2 TANDA PERSAHABATAN LE KATAKAN!....

biasele....bila dah bertemu...gado2 manje namanye...manje sbg sahabat je x lebih drp tu...nanti kena ketuk ngan senduk laki n bini masing2 kang nyaya!......kena repot talidera!..aq pun bz gak tapi selalunya hujung minggu mesti bersama ngan family kecuali laki ade keje.ari2 biasa kena pegang tugas ...jadi tukang masak,tukang cuci,tukang kemas ,penasihat anak,cikgu anak2,n driver.paling boring tugas driverlah..anak aq sekolah lain2,paling jauh 4km n paling dekat 2 km.sakit badanlah ari2 drive. wpun kena anta aq lebih suka tengok anak2 masuk n keluar pintu sekolah depan mata.x semua dpt anta kena adjust masa gak suruh van ambik utk ke sek.agama..bukan apa...bila ada aktiviti perkep aq terperangkap ngan masa...masa ni memang lom bz lg..pas mesyuarat agong perkep startle bznya...mintak2 ada masa mengarang kat blog kita ni.

gambo bola jaring tu korang lawan peringkat sekolah kan?...alahai...bestnya masa tu..ada cikgu nasir jabar,rosdi n cikgu md noh.....cikgu rosdi baik yek..masa darjah 4 bila raya dia bagi duit sorang 20 sen kat kita kan aniza(4 tun razak)x tahule klu ko dpt lebih!...keh!keh!cikgu md noh x banyak cakap tapi klu anginnya sampai abis baruah! penyapu! dia sebut!....takut!...tu masa aq darjah 3 le...apa khabar dia orang skrang yek? .... shake09'

KITA TAK SAMA.

Aku bz lain nko bz lain. ko cikgu merangkap isteri, merangkap surirumah. aku bapak ,merangkap somi,merangkap cikgu, merangkap student. Aku sambung blajo lagi. weekend pon tak dok rumah. bukan merangkap lagi... dah kira merangkak dah ni....

hek..Elee... dulu kecik-kecik bole ler nko kuat lari. nko kalah kan sumer orang.. aku cabar nko kumpulkan sume geng-geng kita dulu temasuk eshak othman n kita lumba lari semula 100 meter. Aku boleh jamin lahh tak sampai 100 meter.aku ingat 20 meter jer... nko dengan sumer2 geng kita, dengan eshak othman, dengan aku-aku sekali dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Jadi ..
wahai kenkawan ku yang budiman.. insaflah...
kita sudah hampir ke penghujung usia...
janganlah cuba-cuba nak belari..
hatta melarikan diri dari rumah sekalipon..
atau melarikan diri dari hutang along atau kad kredit.

kalo korang nak lari jugak lari lah main kejor-kejor somi isteri udah ler..mesti rumahtanga korang aman bahgia..aminnn.

ali.ktn

KALAULAH. . .


Ya la tu. . . aku pun cg gak bz tu memang bz tapi blog tetap aku jengah walau sekelip mata. Ni balik-balik dari Segamat siap2 keje aku terus buka blog. . . seronok baca komen kekawan walaupun tak lah banyak mana tapi dah kira meriah jika bandingkan awal2 dulu.

Semalam kat sekolah aku wat pertandingan merentas desa (Kg Felda) macam dulu2 kita buat.Kalau 28 tahun yang lalu aku n kekawan yang lari tapi la ni aku tengok anak murid aku pulak yang lari. Aku tengok dari atas motor sambil round2 kg. Best plak tingat balik zaman2 remaja dulu. Bak kata JJ Andai dapat ku ulang kembali, Waktu indah bernama remaja. . . . bestnyeee....paling tidak aku tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan pingat he. . .he. . . masa tu kalau dapat rewind balik aku nak kalahkan CT Aminah, Noraini Harun, Rosmah n n n Yusak, Alam, Amir n ko sekali la Ali . . . termasuk ler Shake, Sally, Hasnita, Jah n n n semua2 la. . . yang pasti aku nak jadi JUARA. . . TAPI. . . . ha. . . ha. . . emmm. . . .hakikatnya rumah sukan aku je yang selalu jadi Juara sedangkan aku . . . habuk pun tarak. . .

Friday, January 16, 2009

Cadangan aku.

Bz btol laa aku skang. tak sempat nak borak-borak dengan korang.
aku cadang korang yang main netball (yang ada dalam gambo tu) jumpe semula n wujudkan semula team korang untuk menguatkan lagi nolstagia dulu. Pah tu korang amek gambo..
tapi aku arap jangan sesekali korang teringin nak pakai sut masa kecik tu lagi..
aku takut laki n anak-anak korang sesak napas pulak..heee

ok ler.. aku jemput korang lawat ler blog aku yer..

STAR SRKAT05 1980


Dari dulu ...kini... n . . . . tak tau sampai bila... ??? aku masih berkecimpung ngan sukan ni. . .tapi taklah pakai camni. . . pitam member tengok sut ni pun aku rasa dah masuk arkib tu pun kalau de kat srkat 5 lagi , kalau tak pun entah2 dah wat kain lap cermin tingkap sekolah he. . .he. . .. Aku rasa kalau dikumpul balik member2 yang masuk team ni masih boleh menyengattt lagi ni. . . .

Ha. . . . cutenyeeee. . .

Agak-agak cam lagi tak ko rang ngan kekawan kite ni???

GAMBAR KENANGAN MASA HARI POLIS KE 200 TH..LWN TARIK TALI!...


AQ X PERNAH PUN MAIN LAWAN TARIK TALI NI ...MASA KWN2 OFFER NAK MAIN X?...IYA2 AKU NAK.....RUPA2NYA....NAK TERTANGGAL SATU BADAN AKIBAT TERSENTAP MASA MAIN ........DAHLE TU...BUAT ALA-ALA LIGA LAK... 3 PERLAWANAN...NYESAL!.....DPT NO.3..PATUTNYA NO 2...MEMANDANGKAN AKTIVITI BERSAMA MASYARAKAT...PENGANJUR KATA....KITA MENGALAHLAH.....BALIK RUMAH XLEH BANGUN....SAPA2 RASA NK MAIN TARIK TALI...LUPAKANLAH HASRAT TU...BAIK BALIK TARIK SELIMUT!...KEH!KEH!.....shake09'

Thursday, January 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY 2 U SALINA !!.....

TODAY IS FRIDAY...TODAY IS YOUR BIRTHDAY....I WISH U HAPPY BESDAY!
SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU SELALU DISAMPING YANG TERSAYANG.
Shake 09'

MY HERO

NI LE BOYFREN RAPAT AKU. . . . KALAU SUSAH2 AKU LE YANG DICARI.TAK DE LA NI LA HERO SULUNG AKU. . . .

HEPI BESDAY TO MEE....

Tima kasih.
Thank Q .
Arigato ghozaimas..
Syukran..
pada shake,nani n sume-sume yang ucap hepi besday kat aku. Taun ni la paling meriah aku terima ucapan dari korang sumer. Kawan-kawan aku kat sini pun takde yang ucapkan. Korang jer yang ingat kat aku...isk..isk cam nak meleleh jer air mata aku..

Aku nak nangis buka sebab ape. Aku sedey sbb aku dah makin tue.. Tapi bila aku tekenangkan datuk K aku jadi ilang nak nangis.. Datok K makin tue makin menjadi oooo. umor masuk 47 dapat anak dara sunti..penyayi popler lagi. Aku tak dapat siti Nurhaliza dapat Mila AF pon jadik ler. Siti Rupawan tak bole lerr.. dah orang punya..

Aku tak bleh nak chatting laa. modem aku lembab jer kalau balik umah. kat skolah ni ok ler. Ni aku tak balik lagi nii. tunggu binik aku amik aku.Dia kata nak seleberet arijadi aku kat bando. makan-makan.. best jugak.

apa pon skali lai aku capkan timakasih pada korang semua. u r my prenn....

ally.ktn

KALAU ADA ORANG TUNTUT ILMU SONGSANG KAT BATU CAVE......AQ N HASNITA KAN CID...(dapat ilmu drp suami masing2)......KEH!KEH! KO X TAHU KITA ORANG BERURUSAN
DEKAT KUL 1 MLM ...MMSLAH...EMAILLAH LAST2 CEDOK KAT BLOG HAS!...ALHAMDULILLAH DPT GAK MASUKKAN W.PUN KECIK BEBENO....NAK BESAR KLIK KAT BLOG HAS...ILMU NI BELUM TUNTUT LAGILE KATAKAN.....

TQLE KIRIM GAMBAR2 TU...DPT GAK TENGOK CT N NORAINI....PULUH TAHUN X JUMPA.....ADA GAK JEJAKA YG MENEMPEL KAT BELAKANG TU YEK.WAJAH2 KORANG PUN MASIH MAINTAIN LAGI.AQ BARU BUKAK BLOG NI UTK SESSI PETANG....PAS NI LAKI AQ BALIK....KENA STOP MEMBELEK BLOG..TAKUT KENA TINDAKAN TATERTIB.....BARU PADAN MUKA!..DAH BERAPA HARI DIA BALIK AQ DOK MENGADAP BLOG.....

Selamat Hari Lahir.....untuk yang jauh nun kat Kuantan

Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki......rezeki yang berkat....(jangan chating masa waktu kerja!..)..bahagia bersama isteri dan anak2 yang tercinta...hingga akhir hayat! amin...
HAPPY BIRTHDAY KE 14 TAHUN.......(jangan lupa pusingkan no tu!)

shake09'

ALI HAPPY BIRTHDAY YANG KE - 41 , TUA KO DAH EK. . .

HAPPY BIRTHDAY TO U !!!
HAPPY BIRTHDAY TO U!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ALI
HAPPY BIRTHDAY TO U !!!

MUDAH-MUDAHAH DIMURAHKAN REZEKI N DIPANJANGKAN USIA N DIBERKATI SEPANJANG KEHIDUPAN. . .AMINNNN...........

Gambar Raya 2008



Gambar ni dirakam masa aku n the gang melawat CT yang sakit raya tahun lepas.Masa tu dia k cikit. Sebelah tu kalau ko orang masih ingat Muhaya n Noraini Harun. La ni dia de kat Melaka n CT kat Penang.Baju kuning tak yah le aku kenalkan ko orang tentu dah sedia maklum, penyanyi popular la kata kan masa zaman kite sekolah...Paling aku tak lupe lagu hitnye Buah-Buahan Tempatan he. .he. .Kalau ko orang tak ingat aku nyanyikan sikit,
buah duku buah nangka,
buah manggis dan papaya,
lazat juga jambu dan mangga ,
hai sedap manis pula. . . .

CUTENYA GAMBAR SEKOLAH KITE

Assalamualaikum. . . hai Shake ko masih ngadap blog lagi ke? Pagi-pagi klau ko cari aku kat blog memang tak de. kat sekolah tak sempatlah.Sekarang ni rutin aku dah bertukar balik sekolah pas siap semua keje aku mesti bukak blog n ngadap coz la ni aku tahu setiap hari de je citer baru.

Pandainye ko import gambar-gambar tu, nampaknya ko n hasnita dah lebih daripada pandai he. .he. . .aku pun masih terkial-kial lagi. Cutenya gambar-gambar tu kan. pada aku de banyak gak gambar-gambar lame. nanti aku pulak cuba masukkan.

Wednesday, January 14, 2009

NANI MANE NI!!!.......JAH,....KO JEMPUTLE MASUK KE DALAM!.....NANTI KENA UJAN!.......

Takkan kot tak ingat.....

hasnita dorani le...yang selalu tocang rambut dua tu....yang putih2 melepak tu.....ada taik lalat kat pipi tu....ko bukak je kat blog dia yang ada kat sebelah kiri ni... ada potret wanita bertudung krim...klik n g ke profile dia... kat situ ada" aq hasnita dorani"...ko tengok le...memang besar dan padat...rambut perang ko pun terang benderang....
pas tu ko carile idea utk membesarkannya bagi kemudahan kengkawan kita nanti...aq pun la ni tengah invite kengkawan kita yang x tahu sal blog yg wujud ni...pas ni bolehle ramai2 bersiaran...pasti gempak kan!........k...ko trylah!......

shake09'

THANKS...

Tima kasih bebanyak sebab ko tolong masukkan gambo lama-lama dulu. Seronok aku tengok walaupon kecik tuek kata orang terengganu.

Berdasarkan ilmu IT yang aku tuntut selama 5 hari 5 malam di batu caves dulu.. gambo tu memang tak boleh nak dibes0rkan sebab itu fail asal yang nko attchkan ke blog ni memang besor tu. Kalo nok beso gok kena tengok pakai teropong atau mikroskop.Tapi kalo fail tu dalam bentuk JPG. yang dikecilkan boleh ler kita modified pakai Adobe photoshop ke, illustrator ke dia tak ganggu pixel gambo tu n sekaligus tidak menyebabkan kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia.heee..pening aku.
Tak tau ler kot-kot ada orang yang bleh besarkan lagi gambo tu..memang taraf FBI ler dia..
Erkk sori yerk aku tak ingat Hasnita yang mana satu yer.. Yang comel-comel ala ekin tu ker..atau yang cute-cute ala Milla AF.Cuba nko bagi alamat blog dia. alamat rumah tak yah laa.. .aku nak tengok gambo yang ori tu.kot-kot bole buat besar ker..boleh aku super impose kan ker..heehee.
ally.ktn

ALAHAI...........COMELNYA!......

GAMBO KAT BAWAH NI SEBENARNYA HASNITA SURUH AQ KELUARKAN DRP BLOG DIA.. PASTU...AQ MASUKKAN KAT SINI TAPI X LEH BESARKAN... SAPA2 YANG RETI NK BESARKAN SELEPAS DI EDIT BOLEHLAH LAKUKAN.....KALAU NAK TENGOK DEKAT2 JENGOK JE BLOG HASNITA....GAMBAR PAKAI UNIFORM BOLEHLAH KENAL SAPA2 KENGKAWAN KITA.....TAPI YANG SATU LAGI SAPA YANG TERROR CUBA TRANSLATEDKAN.......RASANYA AQ X DE MASA TU...KELAS TAMBAHAN DARJAH 5 UTK AMBIK PENILAIAN..............SHAKE09'

darjah 6 DI


ni tak tahu darjah berapa...5 kot...


AKU TAU DAAA...

Kalo tak silap aku ko yang pakai baju putih yang nampak badan n tangan je tu..kan?..Kan?. ala yang kat belakang awek 2 orang tu..
ehhh.. awek yang 2 orang tu sape ekkk...macam dah terbekenan jer aku..hee..hee.


Ali, ni dia gambo aku. Gambo 2 tahun lepas. Cuba teka...mana satu aku, mana satu Idayu AF? Sali....

Assalamualaikum...

Assalamualaikum. . .

Korang semua tengah buat apa? Daripada tido kan ke lebih baik gatal-gatalkan tangan menaip dalam blog ni. Kurang2 bertambah terbukak dunia ICT ko orang. Tahniah le Ali coz ada inisiatif nak melepak dalam blog kite ni.Kalau ko p cc pn duit yang ko bayar kat cc tu dah lame ko boleh guna untuk bukak cc sendiri. Boleh le tiap-tiap hari ko jengah blog ngan kita orang, meriah sikit.Berapa banyak simpang da nak p umah ko. . . InsayAllah kalau ko jemput menantu nanti aku ngan kawan2 akan sampai. Menantu anak ko tau bukannya ko. Tak teringin ke nak balik kg n menetap kat sini?
Tentang gambar tu aku rasa dah beralbum-album aku attch dalam blog ni, takut nanti kalau aku attach lagi tak larat ko nak tengok...kn...kn...

Jom Boikot Barang Israel

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Berikut disertakan senarai barangan keluaran Israel. Sila download dan print serta sebarkan kepada semua.
boycott-leaflet-a4-ramadan-campaign.pdf
boycott-brochure.doc
ali.ktn

Best Gilerr...

Haaa haa.. seronok jer aku masuk blog kita ni. Best giler je orang kata..blog kita pon dah makin meriah.

ok.. apa2 pun aku nak jwb soalan korang satu persatu.

1. aku skang menetap kat Taman Kempadang makmur. Kalau korang nak pegi telok cempedak, korang akan bersua dengan simpang empat ditengah bando kuantan. korang kedepan korang akan sampai ke telok cempedak, kekiri korang sampai ke jalan beserah, kekanan korang akan nampak jambatan ketanjung lumpur.Kebelakang korang akan sampai ke SYURGA..hehee.. Korang kena ke kanan naik jambatan tu. haa tu laa jalan menuju ketempat aku. Dekat jer dengan rumah bekas bini awie @ korang dengar SK Tanjung Lumpur yang histeria aritu. dekat laa tu ngan umah aku.

2. Soalan Nani tentang camne aku boleh masuk blog ni walaupun aku takde internet. Haa tu laa keteroran aku. Sbenornya kerana teruja nak sembang ngan korang aku telah memejamkan mata dan meng0songkan poket aku untuk membeli broadband modem yang boleh akses intenet kat mana-mana. Kopak jugak RM600. Tapi takpe janji bleh sembang ngan korang. Tapi....
malang menimpa kerana rumah aku agak jauh dari pemancar. Nak boleh masuk blog ni pun kena nunggu lama. sempat makan nasi dulu baru boleh masuk.tu yang aku tensen jer.. nak chat memang tak bole ler.

Dan pemintaan aku pada korang..

1. Boleh tak korang upload gambor terbaru korang. Malam tu aku tak berapa perati muka korang. Tak berapa cam. Nak ku tenong lama-lama muka korang nanti mak andeh aku hangen satu badan plak. korang pulak bawak laki masing-masing. Karang bukan kata nak reunion..jadi perang israel palastine plak.Bila korang masukkan gambo dalam blog ni bleh aku tenung lama- lama .Laki korang pon tak tau. heehee. .

2. Sesapa yang ada gambo lama-lama tu masukkan laa dalam blog ni. kita pakat tengok sama-sama kemdian gelak sama-sama. Aku tak sabo dah nak gelak nihh..muke korang (temasuk ler muke aku kelako sangat masa kecik).

ok ler. aku nak masuk kelas balik nih.. jumpe lagi kita.


ali.ktn.phg.

Tuesday, January 13, 2009


nilah gambo2 yg ada dlm aq nye kamera mlm tu...tulah korang dok sembang kat luar je(kaum bapale..) mana nk
masuk set!...rasanya paling glamour mlm tu yg aq tengok msk dlm kamera ialah nani,salina,alam
n hasnita kot!.....x caya cek balik kat memori....next time kita begambo mcm masa kat sekolah dulu2...bestkan!.....beratur panjat kerusi!kali ni sapa lak yg kena panjat kerusi lak nanti...keh!keh!
seronok kan baca tulisan kekawan..cuma yg x seronok ada yg menyorok disebalik tabir blog ni!....adale....sapa2 orgnya.....lu pikiaqle sendiri!......
...betullah nani n hasnita...dah kertu2 ni bru ada can nk campak bola berat kat lantai....dahle berat ,larat lak tu!hasnita,aq x le teror...pernah gak wakil PERKEP kluang ke jb msuk tanding tpi out of service....kat sini ocpd selalu buat perlawanan hampir tiap-tiap bulan!..tu yg x larat tu...ngn family pun aq main suka2.yg best lantai kat summit BP...cikgu nani,boleh buat utk geng2
kira lwn berpsngan...best gak kan...sure kecoh!...masuk longkang.....
ali,aq nak tanya...ko beli rumah kat mana hah?...aq ada gak rmh murah kat kuantan(tmn abd rashid)..budak2 poli yg sewa...
aq ni pun...jadual aq ari2 mesti buka blog kita ni..pagi,ptg n mlm...laki aq dah jeling..(apa yg bini aku buat tu!....)o.ya....supiyati pun ada plan nak menceburkan diri....rumah dia depan cc.....
k lah.....pas aq tulis korang tulislah lg.....kurang2...waktu siang aq x tido..(kurangkan kg sikit....)
cow!
shake09'

Emmm....

Woi Ali ko tengah lepak kat cc ke? malam2 buta ni boleh masuk kat blog pulak? Ko kata kat umah tak de internet?ke ko merajuk ngan orang umah dah p lari tido dalam bilik komputer sekolah? La ni aku rasa seronok pulak masuk blog coz dah mula meriah. Kalau ko nak baca tulisan Alam ko cari kat komen. Dia suka main sorok2.Dia dok main komen je. tak pe yang penting kaum Adam ada wakil. Ko tau aku tersenyum sendiri baca coretan ko . Projek aku nak buat power point utk ceramah minggu depan terbengkalai malam ni coz dok leka menulis dalam blog. Tak pe yang penting aku happy. Aku rasa macam dekat je ngan ko, walaupun ko nun kat sana...Macam tu gak ngan kekawan yang lain. Loghat ko pun dah pekat orang sana. Aku tak rasa Ishak kecik ati coz ko tak cam dia, agak2nya dia tak dapat alamat kot.

SEMPAT LAGI NKOO...

Sempat lagi nko kandid gambor aku ekkk Pah tu nko tohmah aku usyar mak dare plak.. yaa...
korang jangan silap. sebenornya malam tu aku macam tak sedor diri jer sebab terlalu teruja jumpa korang. Tu yang aku renung satu-satu muka korang. Tapi ikhlas aku cakap memang aku tak cam muka korang semua. Nani pun hampir-hampir aku tak cam hee... dah lama tak jumpe oooo.

korang bayangkan lahhh. aku dok Kuantan ni dah lebih 15 tahun. Selama tu lah tak jumpa korang. Nak jadi cerita masa aku beli-beli kat pasar lambak kat Taman Tas ( satu tempat dalam daerah kuantan laa) aku ditegur oleh seseorang.Sebab aku nak cepat, aku sempat tanya nama jer. muka memang aku tak cam. aku ingat dia kenalan aku kat kuantan ni. maklumlah aku ni mudah orang kenal.menetap di kuantan pun lama. Aku buat tak kisah lah pas tu. Tak penting sangat nak ingat sapa orang yang tegur aku tu..

korang tau.. aku teperanjat besor bila masa reunion aritu ada sorang tanya aku pasal pertemuan yang tak disangka tu. Korang tau sapa dia?.. hee sampai sekarang aku nak tergelak.. rupanya makhluk Tuhan paling seksi yang menegur aku tu ESHAK OTHMAN.

Mintak maap bebanyok laa eshak.. aku tak cam nko. Bukan salah aku. Nko yang banyak sangat berubah. kalau aku tak sebok masa tu mungkin lama sikit kita berbual.

Pada eshak n kengkawan lelaki yang lain. Sudahlah dunia ni dimonopoli kaum hawa. Blog ni pun korang bagi diaorang monopoli. Aku ler sesatunya lelaki melayu terakhir yang aktif dalam blog ni. Mana Alam Shah?? tak kan lah dah pindah kat Shah Alam.
Mana Eshak? tak kan merajuk sebab aku tak cam nko dulu.
Mana Amir Nesam , latif, yusak, fazli n lain-lain?

Mana?? Mana??....Manaaaaaaa?

ali.ktn.9.30pm

DENGAR NASIHAT PAKAR....FOKUS!..kecian cikgu tau!...





1.Cikgu tengah mengajar.....

2.Si Salina sibuk control ayu...

3.Tengok tu Aniza...baik punya!...

publisher by:shake


Ni la antara aktiviti aku kat sekolah selain mengajar. . .ni gambar masa aku p hantar team boling daerah kota tinggi p Batu pahat. Masa ni la nak aktif, tumpang bebudak main. Aku antara cikgu lame yang masih aktif bersukan. Selain boling , aku tumpang2 gak main bola jaring, petanq pulak main ngan geng cikgu n yang terkini aku mula aktifkan diri main badminton setiap petang selasa ,khamis n jumaat. selebihnya kalau rajin p joging. . . bestnyeee. . . tak tau le bila aku nak stop buat keje2 tu semua , yang pasti aku seronok . . . cume yang malunye kat sekolah aku tu yang sama-sama main semuanya pangkat adik-adik, umur dia orang jauh lebih muda, dia orang pun kalau nak p main tak lupe nak ajak akak gitu. . .kawan sebaya kebanyakannya dah gantung kasut. . . aku tak peduli pe orang nak kata yang penting de peluang nak x-cercise n buktikan berusia tidak bermakna tak boleh aktifkan . . .kn. . .kn. . . Sakilah.

USHAR MAKDARA MANA TU........







TOMPANG LALU...

Aku tompang lalu kejap je. nak upload gambor-gambor masa reunion aritu. Aku dah nak balik keje ni. Aku sempat upload sikit jer. Sori ler gambor tak berapa terang pasal aku pakai kamera video. Nanti ada masa aku masukkan pulak rakaman videonyer yee.









Adios..

Ali68 ktn. phg









ASYIKKKK. . . .NYE!!!!


KAWAN-KAWAN KITE NI ASYIKNYA BERSEMBANG MAKLUMLAH DAH BERKURUN TAK JUMPA. . . MACAM-MACAM CITER ADA. . . ESP ROSMAH N JAH DARI DULU HINGGA KINI KALAU JUMPA MEMANG TAK LEPAS PELUANG. . . . MEMANGLAH PERTEMUAN PERTAMA KITA TOUCHING SANGAT SAMPAI ADA YANG TAK BOLEH TIDUR MALAM COZ TERLALU SERONOK TERMASUKLAH AKU TERINGAT-INGAT SAMPAI LA NI .SEBAB TU LE PANTANG ADA MASA SIKIT AKU MESTI NAK NGADAP BLOG NI NAK LEPAS RINDU KAT U ALL. JEMU TAK JEMU U ALL KENE GAK BACA CORETAN AKU KAT BLOG NI HA. . . HA. . . BILA LA DAPAT JUMPA MACAM TU LAGI KAN ???

YB MANE NI???


AGAK-AGAKNYA YANG MANA SATU YB NI. . . . CUBA TEKA??? ALA KALAU KO ORANG JADI YB BOLEH GAK KITE YANG POMPUAN2 NI TUMPANG SEKAKI. DAPAT NAIK KETE BESAR KO ORANG PUN DAH KIRA K PE. . .ALI TU PAHAM BENO AKU BUKAN MAIN LAGI ASYIK BERBINCANG. . .TAK CAYA CUBA KO ORANG RENUNG BETUL-BETUL GAMBAR DIA. . .NI MESTI KES SEPAKAT NAK NUNTUT ILMU NGAN NORAZMAN KAMBALI. . .BETUL TAK???MEMBER BAJU HITAM TU MESTI TENGAH DOK PK MACAM MANA NAK CARI JALAN ha. . .ha. . .sory ye gurau je MISS U ALL

MAAF. . . .

Assalamualaikum . . .
Maaf atas kesilapan yang tak disengajakan esp kpd Aziza Adam coz tersilap tarikh lahir. Nani tengok nombor 6 tu tak jelas macam nombor 1 je. Macam manalah YB Harun ajar matematik dulu buat bentuk huruf tak betul nak kene ketuk jari ni. . . he. . . sory gurau je.
Buat Sakilah tahniah akhirnya berjaya juga ko masukkan gambar ya. . . la Nani ingat sekali pandang datin mana tadi rupa-rupanya kembar Shalin Zulkifli nak main boling. . .teruskan usaha tu bagus sekurang-kurangnya dalam usia begini masih aktif nak bersukan , penting tu. . .kalau nak chat kene janji, tapi aku biasa masuk blog waktu malam pkul 8-11mlm. Kalau hari cuti lagi jauh malam. . .
Buat Alam Nani doakan bahagia n selamat sekeluarga mudah-mudahan dapat anak perempuan lagi comel n cute macam auntie ni ha. . . ha. . .. sekurang-kurangnya tak pening kepala nak menantu nanti, coz terima duit memanjang.. .

RALAT TANG BIRTHDAY

Harap ampun dan maaf sebab tersilap ucap birthday kekawan. sebenarnya yang dah melalui patutnya ustazah ayu,muhaya n fazli simen....tadi tertulis jah n ali lak...maaf ye jah dan ali sebab dah tertuakan usia kamu....satu lagi ...ralat tarikhlahir zizah adam 13/6/68 bukan 13/1/68.....dia kata hey..aq lon tua lagi da......(selora) harap editor sedia maklum......
awat aq asyik chating sorang2 je niii...mana u all...ngajor dan lom balik keje lg ke?........

Monday, January 12, 2009


ASALAMUALAIKUM......
JUMPA LAGI GENG....DAH PUAS GODEH KOMPUTE BARU DPT DOWNLOADKN GMBO AQ YG XLE BARU SNGT NI..(MASA LATIHAN BOLING UTK TOURNAMENT PERKEP 08')
TUJUAN ASAL NK UCAPKAN SELAMAT ARI LAHIR KAT ZIZAH ADAM ARI NI(13.1.09).HARAP ZIZA ADA MSA JENGAH BLOG KITA NI KN?...PE PUN X LUPA PD YG TELAH MENYAMBUTNYA SEPERTI JAH,MUHAYA,USTZH AYU N ALI.SEMOGA DIPANJANGKN USIA N DIRAHMATI ALLAH BAHAGIA DISAMPING KELUARGA TERCINTA!
OK.TU AJE.....NEXT AQ NK DOWNLOADKAN GAMBOR CANDID MASA REUNION ARI TU...SAPA AGAKNYA YG KENA YEK....KITA TUNGGU

SORRY LA. . .

Hai....
Kekawan kaum adam jangan jauh hati gambar ko orang tetap ada cuma nak selitkan banyak-banyak tak boleh lagi. Nantilah kalau aku dah pakar dalam hal ICT ni. . .Sory le , sebenarnya aku dah cuba nak masukkan gambar bapak2 malam tadi tapi tak boleh. sok aku cuba lagi eaaa. . . .Miss U All. . .


Assalamualaikum. . .

Emm. . . bestnya dah ramai kekawan yang dah mula menjengah blog ni. Kalau tak sunyi sepi memanjang. Selamat datang buat Supiyati n Sakilah . Ada masa kita boleh sembang-sembang, paling tidak bertambah sikit ilmu kita dalam dunia IT kan. Dulu aku pun tak pandai nak masuk-masuk blog ni apatah lagi masukkan bahan dalam blog ,round2 blok kat at 5 tu reti le. Tapi kekawan punya pasal aku buat n belajar dari Esham (friend kat sekolah) n la ni pandai le sikit-sikit...masih dalam proses pembelajaran.

Wat Ali sibuk tu sibuk gak jangan sampai tak de masa nak jeling orang rumah, merajuk lari baru tau he. . .he. . . anyway tq coz masih ada masa nak tulis dalam blog ni. k kekawan nak cau dulu coz nak wat keje sekolah plak, cam ni la keje cikgu sampai nak tido pun ingat nak siapkan keje tapi aku syukur sekurang-kurangnya sekolah mengingatkan aku dengan kehidupan yang lalu ketika di alam persekolahan n dapat menyelami jiwa pelajar yang macam korang dulu2.Paling penting dapat mendidik macam kita mendidik anak-anak kat umah.Wassalam

SELAMAT HARI JADI

Ku ucapkan selamat hari jadi pada kengkawan yang menyambut hari jadi pada bulan Januari ini.

Ni kek untuk korang...




makanler jangan memalu..



lee. Ktn. phg.2009

Jumpe lagi..

Assalamualaikum...

Lama benor tak menjengoh dalam blog ni. Sebok benor dengan aktiviti sekolah. Mula-mula pendaftaran budak-budak sekolah baru. pah tu sebok dengan aktiviti sekolah plak. Aku ngajor petang. Pagi sebok ngantor anak ke sekolah n bwat persediaan nak kesekolah. Balik ngajor mahrib dah . Lepas isyak ngajor tusyen plak. Balik-balik dah letih wehh. Kadang-kadang malam jomaat pun telepas.Heeee..

Bagi korang yang bukan cikgu, korang mungkin ingat keje cikgu ni mudah jer.banyak cuti. hakikatnya Tuhan jer yang tau. Gaji tak ler setinggi mana. Tapi apa pun aku bersyukur sebab dapat mendidik anak bangsa.

Buat sahabat-sahabat yang tak menghadirkan diri pada reunion pertama aritu korang jangan menyepi plak.InsyaALlah kita akan berjumpa jika diizinkan tuhan. N buat yang mengucapkan selamat hari jadi pada aku , aku ucapkan terima kasih atas ingatan korang.

Salam untuk semua.
Rusli ktn. Pahang. 12.01.2009

Sunday, January 11, 2009

asalamualaikum.......bertemu buat kali pertama


buat sementara ni aq x dpt nak ngobrol lama-lama coz nk masak dah tgh anak nk g sekolah.senang nanti bolehlah tulis banyak2 .


untuk cikgu nani aq minta maaf banyak2 coz malam tu aq tak dpt contact balik sbbnya apa tau..kredit hp abis dah....pas tu komputer kat rumah demam (virus masuk da....) nak call tepon rumh segan lak sbb dah mlm...k tu aje......salam di angin lalu...sakilah kluang

Friday, January 9, 2009

Jumpa Lagi


Assalamualaikum...

Lama rasanya tak menjengah n tak menulis dalam blog ni. Almaklumlah cuti sekolah dah berlalu dan kini kerja2 sekolah dah mula menunggu. Tapi biasa le tu cuti2 pun kerja tetap ada cuma tak lah sebanyak kerja bila dah mula mengajar. Kepada teman2 yang bergelar cikgu diucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH n terimalah segala tugas dengan penuh redha. . . Kepada teman-teman yang bergelar ibu dan bapa SELAMAT MEMBAWA N MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH .

Tq buat Salinah n Azizah yang dah mula memeriahkan blog. Kekawan yang lain bila nak mula ek? Rindu n tingin nak baca coretan kekawan. Ali ko kata kalau dah bukak sekolah ko nak bertapa dalam bilik cyber n nak tulis lebih banyak dalam blog kite.... jangan lupe tu. Alam ko sesekali pergi le CC tulis seperenggan dua dalam blog kalau tulis panjang berjela lagi le ok. Kekawan Rindu Sangat Le dengan U All. . . kalau dapat tulis le perkembangan terkini ko orang pas tu jangan lupe sisipkan gambar terkini macam Salinah buat tu. . . k



HAPPY BIRTHDAY


Hai kekawan mari kita ucapkan selamat ulang tahun pada kekawan kite yang lebih dulu menjejak usia 41 tahun. . .

Rahayu Abdul Hamid(ustazah) - 1 Januari
Muhayah Tukol - 3 Januari
Mohd Fazli Simin - 5 Januari
Aziza Adam - 13 Januari
Rosli Ahmad -15 Januari
Salinah Salim - 16 Januari
Azizah Basharie - 19 Januari
Rahayu Abdul Hamid - 23 Januari

HAPPY BIRTHDAY TO U! HAPPY BIRTHDAY TO U! HAPPY BIRTHDAY TO U!
Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat...Amin !!!

Kekawan yang nak pos hadiah tu boleh le hubungi no pon yang tertera dalam blog untuk tanye alamat. . .

Monday, January 5, 2009

DI MANA DIA......


Hai geng,


Awat tak de lagi yang nak citer kat blog nih! Korang semua gi mana? Takat ini, ada 4 orang jer yang post comment. Orang lain tak de ka? Sebelah ini photo family aku. Anak aku ada tiga jer. Semua pompuan. Tuhan tak kurniakan anak lelaki ape nak buat.....Walaupun, anak perempuan alhamdullilah! senang omaknya! Aku jerit jer, Sarah senduk nasi, abah nak makan! Ha kejap lagi, anak dara aku teriak balik. "Mak, Abah, makan! Kan sonang hidup aku!. Gambo ni diambil dua tahun lepas kat jeti mersing, waiting for the ferry to Tioman. salina...


Hai kawan-kawan,
Gambar kaum Hawa. Gambar kaum Adam, sorry le tak ambil lah plak!!....salina.