Friday, January 30, 2009

ELAKKAN HIDANG NASI BUNGKUS KEPADA SUAMI

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga.Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun.“Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” ..“Wanita solehah juga seharusnya tidak bercakap dalam telefon dengan bukan muhram dengan suara manja kerana itu boleh menimbulkan fitnah.“Semasa di rumah, jangan asyik bergayut di telefon dan menghantar sistem pesanan ringkas.“Semasa di rumah, mereka mestilah berhias dengan baik bagi memikat hati suami. Jangan pula menghias diri berlebihan ketika keluar rumah,” katanya.Beliau juga menceritakan satu kisah seorang wanita yang taat pada suami pada zaman Rasulullah s.a.w, sehingga tidak menziarahi ibunya yang meninggal kerana tidak mendapat keizinan suami yang keluar untuk berperang.

ali.ktn

3 ulasan:

sakilah sobhi said...

Sungguh terharu bila baca nasihat kat atas...sungguh sedih gak coz aq ade gak beli nasi lemak bungkus kat suami...x selalulah!...terlalu kerdil kita ni sebagai wanita merangkap isteri n anak2 kan?...

ABA said...

Alhamdulilah , masih bernyawa rupanya ko ek. . . talian hayat masih panjang. . .tq. Terasa gak aku tapi bukan kerana nasi bungkus coz aku selalu balik sekolah pkul 2.30ptg baru sampai rumah. Balik2 hubby aku yang hidangkan lauk makan tengahari coz dia balik awal, masakan dia memang tak leh lawan n hobby dia memasak.Tapi kalau hujung minggu @ cuti aku plak jadi tukang masak.

sakilah sobhi said...

bestnye dpt husband pandai masak...ringan sikit tugas kan..bila pencen boleh jadi tokey restoran atau cafe...kira bonusle tu...nani ko bila nak keudara lagi kat mainblog?