.jpg)
Thursday, December 31, 2009
GOOD BYE 2009.......
.jpg)
Monday, December 28, 2009
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...
Pastinya saat ini masing-masing sudah membuat persiapan terakhir untuk membeli peralatan sekolah. Mesyuarat pun telah bermula di sekolah masing-masing begitu gak dengan aku n kekawan seangkatan Ali, Nas, Rosmah, Fazli n ramai lagi tak lupa cikgu Noni.....SELAMAT MULA BERTUGAS moga tahun ini aku dan kekawan dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi lagi.....Buat anak-anak didik yang bakal menduduki Xm tahun ni moga tahun baru disambut mesra dengan azam baru untuk terus cemerlang dan gemilang.....BIASAKAN YANG BETUL , BETULKAN YANG BIASA....
Sunday, December 27, 2009
HAI
EMMM.....
Tetiba je aku rasa syahdu n sedih pulak bila dengar lagu yang ko download dalam blog kita shake....bukan sedih per rasa rindu sesangat ngan u all. . . . dah ler kita seseorang masuk blog mana ler kekawan yang lain....
LAGI-LAGI KITA
ASSALAMUALAIKUM.....SHAKE N HASNITA N KEKAWAN YANG LAIN LAU ADA MASUK BLOG. KORANG MASIH P BERCUTI LAGI KE? UNTUK PENGETAHUAN KEKAWAN YANG TERMASUK BLOG N TERBACA BLOG NI NAK KABO JER ARI TU 26 DISEMBER KU P JEMPUTAN UMAH AZIZAH BASHARIE ( JAH). DAH MENANTU DIA....DIAM TAK DIAM DAH SEMAKIN BERTAMBAH UPANYA USIA KITA. KU RASA MACAM BARU SEMALAM JER HABIS SEKOLAH DARJAH 6 HA...HA....TAK PE LA....DE REZEKI TAHUN DEPAN DAPAT TITLE DATIN N DATUK PULAK JAH....PAS NI GILIRAN SAPA LER PULAK . JANGAN LUPE JEMPUT SUDAH......TA KU TAK DAPEK LER NAK AMEK GAMBO COZ MASA TU PENGANTIN TAK SAMPAI LAGI . AKU RASA PUN DIA WAT SEDERHANA JE ANAK LELAKI LER KATAKAN....APA-APA PUN TAHNIAH UNTUK JAH....KEKAWAN TUMPANG GEMBIRA....
Wednesday, December 16, 2009
1muharam 1431H
Satu Muharram detik permulaann
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorbanHarta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercintaaa...
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah.. aaaa
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zamaaaaannn.....
jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun petang ni...shake
Wednesday, December 2, 2009
Insyallah....
Tuesday, December 1, 2009
SELAMAT BERCUTI......
wah..seronoknya shake dapat makan angin nun jauh disana..aku kat johor ni ,rasanya tahun ni tak dapatlah nak bercuti kemana2 nampak gayanya..taun lepas dapat gak pergi bercuti kat trengganu..bes gak pegi trengganu ni..banyak tempat yang boleh kita lawati..promosi sikit...tapi masa pegi tu musim ujan..banyak gak tempat yang tak sempat pegi..walaupun cuti seminggu...Insyaallah kitaorang akan pegi lagi kat trengganu dilain masa...
Camne aku nak pegi bercuti tahun ni..ade je halangan.. suamiku kursus selama 2 minggu..anak bujang aku pulak,abis praktikal 20hb..ujung taun suami aku tak boleh ambik cuti pulak..kasik can orang lain nak bercuti lak..tunggu taun depan lah jawabnye..baru boleh cuti2 malaysia...
Untuk shake selamat bercuti..hati2 dijalanraya..kalau ade gambar tu..jangan lupa letak kat blog kite ni..nak tengok tempat apa je yang ko pegi...
HAI
Monday, November 30, 2009
4 information
Cewah ko ask,bz memanjang!Cuti ni tak de plan ke melancong??
Aq mungkin pertengahan bulan Disember ni. Nak settle baju sekolah anak2 dulu. tu pun kalau jadi..cadang nak ke pantai timur tapi musim tengkujuh kat sana..kebetulan ada jemputan kahwin adik
biras aq kat Kedah..Insyallah g jemputan sambil makan angin kat kawasan yang kami lalui nanti.Penang aq tak sampai lagi.
Nani abis SPM kena tanda kertas ke?
Ali ko ke mana?study le tu!!
Aq nak uploadkan gambar2 masa kat PWTC tapi leh pulak ada masalah teknikal kat aq nyer komputer
TAK SEMPAT.......

.jpg)
Saturday, November 28, 2009
SETAHUN SUDAH BERLALU
SETAHUN SUDAH BERLALU.....
RAYA HAJI MUNCUL KEMBALI
DENGAN KEHANGATAN SEMALAM
TANPA KU SEDARI KU KUTIP BAYANG SILAM
KU TULIS SEBUAH PUISI
TAPI SAYANG TIADA SIAPA MENYEDARI......
MESRA DALAM INGATAN -NANI-
JUMPA LAGI
Assalamualaikum......syukur alhamdulilah dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi ngan Hari Raya Korban tahun ni. Emm......kurasa suram jer tahun ni.....ronda2 kampung tengok jumlah kete depan rumah macam tak ramai anak rantau yang pulang ke kg raya tahun ni.....Ali tak nampak batang hidung....sibuk manjang......dah tak ingat bumi Johor...Shake ko balik ke? Asnita kalau balik tak sempat kita jumpa kan.....tak pe kita jumpa kat sini je la jawabnya.....SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.....
Wednesday, November 25, 2009
Aaarghh!!!
Tuesday, November 24, 2009
Jom balik kampung.....
Kepada sesiapa yang balik ke kampung tu...berhati2 dijalan raya..sesiapa yang ada buat korban tu...ikhlaskan hati ,semoga korban kita diterima ALLAH.....
Bertemu lagi.....
Ada pun ko nani....Syukur Alhamdulilah dah sihat nampaknya tu...ceria je dari gambar yang dikirim kesini...meriahlah sikit blog ni bila tuan rumah dah masuk semula...kalau tak macam dah malas je nak join...raya ni aku mesti balik kampung punya..dah hampir 2 bulan tak balik at5..rindu nak tengok pokok sawit ngan rumah kat kampung...semenjak mak ikut adik bongsu ku kat melaka..tak de sapa dah kat rumah tu..kosong..mak tak berani nak duduk sorang2..tambah2 aku dengar cita ada lagi kes samun kat at5 tu ...kalau dia ambik duit je takpe..ni ngan tuan rumah nak dinyayakan sekali....
Aahlah bila raya aji menjelma,aku mesti teringat masa reunion kita taun lepas..seronok sangat bila dapat berjumpa ngan kawan2 lama walaupun tak semua yang dapat hadir...dengan adanya reunion tulah aku ngan shake berhubungan semula...ngan nani juga peah...Insyaallah suatu masa nanti kita pasti akan berjumpa lagi.....jpg)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Monday, November 23, 2009
JUMPA LAGI
Saturday, November 21, 2009
hai semua....
Thursday, November 12, 2009
.Dah okey dah......
Sekarang ni dah sihat lah nampaknya..cuma belum 100% lagi...kesan jahitan tu masih lagi terasa sakitnya..dalam 1 minggu lagi sihatlah sepenuhnya...asalnya dulu aku pun migrain..tapi rupa2nya ada sampingan lain pulak..nasib baik dapat tau cepat..kalau tak makin membesarlah ketumbuhan tu..aku pun x sangka dalam tahun yang sama,suami dan aku menjalani pembedahan..memang dugaan..apa citer nani agaknya ya..sakit apa yang dia hidapi..sampai sekarang aku masih tertanya2 apa sakitnya..dia tak jawab pun pertanyaan dalam blog ni..jawablah nani...
Betullah apa yang ko cakap tu shake..rasa macam dah malas nak follow blog ni..tak ramai yang ikut..macam bunyi merajuk je....
Wednesday, November 11, 2009
Sunday, November 8, 2009
ASALAMUALAIKUM SEMUA.
Mintak maap bebanyak la yaa.. lagu raya tak abis-abis . ala kira lagu raya tu guna untuk semua raya laa yaa temasuk raya haji sekali. korang dengor laa sampai puas. Sori laa aku tak sempat nak jengok blog kita. macam korang semua laa alasan paling popler " SEBOK@ TAK ADA MASA". Apa-apa pun aku masih ingat lagi korang bila aku ingat kampung (AT5). korang tetap dalam ingatan.
Eh nani... apa penyakit ko sebenarnya .kasik tauler kat kengkawan. Mana ler tau kot ada kengkawan kita dapat membantu. Pepe pun aku doakan ko cepat sembuh. Ingatla yaa tak ada penyakit yang tak boleh sembuh kecuali mati. Berusaha lah kemudia bertawakallah pada Allah. mudah-mudahan kesihatan kita sentiasa dipelihara. Aminn...
Ali Kuantan.
8.11.2009
Wednesday, October 21, 2009
???????.......masalah kesihatan ape nani?
alhamdulillah akhirnya terungkap jua masalah sebenarnya....kita tak dapat menjangkau apa yang ada di hadapan sehinggalah kita yang mengalaminya....moga nani dapat beritahu kitaorang tentang penyakit yang dialami dapat juga kami kongsi bersama....pas ni jangan lupa inform perkembangan mu kat blog k?
ada kebenaran seperti yang pernah diungkapkan...
Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."
Begitu juga apa yang ko alami...rezeki dalam kerjaya..tahniah lah dapat gred yang membanggakan DG paling2 DG41 dah pasti!
shake
JUMPA LAGI
Assalamualaikum.......jumpa lagi kekawan yang masih setia dengan blog kita. Alhamdulilah aku masih diberi kekuatan untuk terus bersama-sama melayari blog ini walaupun datang menjenguk sesekali. Yang penting masih menjenguk. Bagi aku tahun ni adalah tahun rezeki n ujian buat aku semua. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua tu. Bulan puasa bulan rezeki wat ku salah satunya aku dapat naik DG (ali tau ler bab DG ni n tak lama pas tu dapat pulak GC....alhamdulilah) Tapi disebalik dapat rezeki ada pulak ujiannya. Raya tahun ni betul-betul ujian wat aku. Bapak aku sakit sejak sebelum raya dan kini masih dirawat di Hospital Daerah Kota Tinggi. InsyAllah mudah-mudahan akan sembuh dalam masa terdekat. Sehari sebelum raya pulak aku sakit. Tu yang raya ni raya ni tak dapat nak pi mana2. Selama tempoh tu sehinggalah aku duduk mengadap dan menulis kat blog ni aku baru rasa nak hampir pulih tu pun puas aku cari penawar p berubat kat mane2. P hospital n klinik naik muak aku nak terangkan sakit aku tapi tak gak dapat detec hinggalah semalam baru ku terpk nak p pakar n aku dah temui apa puncanya.....Ko orang doakan la mudah-mudahan aku akan sembuh wat selamanya......
Tuesday, October 20, 2009
RAYA DAH ABISS Oiii!
Korang mesti tak abis2 nak beraya..walaupun raya dah abiss dua ari lepas.....lagu raya masih berkumandang lagi.. ali, ko tukar le pulak lagu lain...nanti aq tukar lagu selimut putih kang ..terus x semangat nak koje apatah lagi nak hidup....
Kadang aq pun naik cemas dan takut bila nak menghadapi perubahan dalam hidup apatah lagi sememangnya kita kena hadapi saat 'itu'..maksud aq kematian & musnahnya dunia lagi2 bila tengokvideo planet NIBIRU menghentam bumi walaupun itu cuma imaginasi tapi itulah yang pasti berlaku satu masa nanti..itu baru kecik...sedangkan yang tercatat dalm alquran lagi hebat kan????
JUSTERU.....aq sentiasa berdoa kepada allah agar sentiasa ditetapkan iman dan islam dalam diri aq,suamiku,ibubapaku,anak2ku,saudara2ku,muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminah...amin!
Wednesday, October 7, 2009
Assalamualaikum..Selamat hari raya sumerrrrr...
Pejam celik pejam celik raya dah nak sampai ke penghujungnya..hari ni dah raya ke 19.
rasa macam kejap je..x puas beraya dikampung dah nak balik kebandar semula..
memandangkan suamiku cuti pada raya ni,apalagi kami pun beraya sakan..
di tempatku sekarang ni sedang sibuk buat marhaban..
Anak kerbau dalam paya
selamat hari raya
susu lembu dalam tin
maaf zahir batin
seladang mati dalam khemah
jemputlah kerumah
Tuesday, October 6, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Friday, September 18, 2009
selamat hari raya
maaf zahir dan batin
andai ada kesilapan n kesalahan yang tak disedari...
semoga bergembira di hari raya....
daripada shake & keluarga
Thursday, September 17, 2009
MAAP ZAHIR BATIN
Mata kadang- salah melihat,
Mulut kadang salah terucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan sebarang kesilapan yang pasti ada.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
ali n keluarga ktn pahang
Monday, September 7, 2009
TERTINGGAL PLAK!!
Aku terlupa lak nak komen sikit.... Korang buat cacatan kat blog kita ni selalu tak tulis nama!! Pening ler kepala aku yang semakin dimamah usia ni nak mengagak sapakah gerangan penulis nyer!! Kat opis dah ler banyak pikir, balik rumah nak pikir lain lak. Kalau boleh bila jengok blog tu, akau tak nak pikir2 lagi dah!
Jadi aku nak mintaklah korang semua tolong ler perkenalkan diri bila tulis tu!! BOLEH? TOLONG KAMI BANTU KAMI.........
Sali....
TENGGELAM TIMBUL
Hi Kekawan,
Aku minta maaf sbb lama dah tak menjengah blog kita ni. Mula-mula tu aku terlalu sibuk sangat. Keluar rumah tak nampak matahari. Balik rumah pun matahari dah tak nampak. Pas tu bila keadaan kerja aku dah okey sikit, aku nak buka blog tak boleh masuk plak!!
Hari raya tahun ni giliran suami aku. Jadi kena beraya di rumah mertua aku. Insyaallah, aku akan balik ke AT5 pada hari raya ke dua. Jemput ler datang rumah mak aku. Korang ada tak pada raya ni? Aku selalunya kalau balik AT5 terperap jer kat rumah, tunggu tetamu datang. Kalau kau orang ada boleh ler aku anak beranak datang menziarah - untuk mengeratkan lagi silaturahim kita yang dah terputus dan baru nak bercantum kembali nih. Dalam handphone aku cuma ada HP tiga org jer - Alam, Nani dan Jijah. Ali, Shake, Asnita - apa nombor korang? Kat blog ni ada senarai nombor HP tak?
Panjang lak aku tulis, nanti kau orang boring lak nak baca. Apa-ape pun aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" walaupun dah agak terlambat. Better late than never!!. Aku minta maaf sebab tak dapat nak menghantar kad pada kau orang semua. Dah lama aku tinggalkan aktiviti menghantar kad raya ni. Jadi dalam blog ni aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMPUT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN". Kalau ada yang terkasar bahasa, terkecil hati, aku minta maaf dan kalau ada yang termakan dan terminum tu, aku minta halalkan. Bye! Sali.....
Thursday, August 20, 2009
APA DAH JADIK NII???
Nampaknya blog kita ni dah diserang virus lebih teruk dari H1N1. Semua penghuninya dah lenyap tanpa sebarang berita. Ya laa apa nak buat .. nak salahkan orang pon tak boleh. Maklumlah kita ni semua busy sepanjang masa. Shaqe dengan bisnes jahitannya yang pasti tak menang tangan kat-kat raya ni. Nani plak sebok makan angin sampai ke serawak. yang lain-lain ...emmm tak tau laa mana menghilang.
Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa pada korang semua. Semuga Ramadhan kali ini mendatangkan keberkatan kepada kita semua. Amin....
Saturday, August 1, 2009
NGUMPAT EKK..
OOooo... mentang-mentanglah aku tak jawab.. sedap jer korang ngutuk aku yekk..korang kata aku tue tak sedo dirik yea..kan aku kata orang lelaki 40 baru nak muda balik ...ala korang jeles laa tu.. hikhikk..
ala orang pompuan takyah pakai mende-mende nak kuruskan badan. Senang jer kalau nak kuruskan badan. aku bagi petua. korang buat utang banyak-banyak. lebih banyak utang lebih cepat kurus. Bila korang banyak utang, korang mesti risau sampai tak lalu makan. haaa nanti cepatlah korang kuruss...betul tak?
..betul..betull. betulll..
aly2009
Wednesday, July 29, 2009
SEE U ALL AGAIN.....
aduhai...masa baca korang punya citer rasa nak tulis terus tapi tak kesampaian...pospon dulu....sibuk sikit. apa hal pun komen tetap komen....
pasal nani punya produk tu...ok gak..masukkan je iklan kat sini utk promosi...gambar dan keistemewaannye...tapi jangan bagi ali tengok tau!!insyallah aq beli.
produk kuruskan badan ko pakai apa yek?aq nak join gak tapi produk tu selalunya mahal2 belaka pas tu menyiksakan poket laki..ari tu ada org suruh join totallife...adumak! sebulan dekat 2 thousand gak...tak sanggup aq..org kata bila badan kurus muka jadi kurus dan cengkung gak kan?jadi nampaklah cam dah tue betul.taknaklah macam tu kan??kan?? lainlah ' org tu' dahlah tue tapi tak sedor diri nak kenen anak dara org?cih!! ok cow dulu!
Friday, July 17, 2009
Orang pompuan punye hal.
allowwww...
Ala nani.. bab-bab membahagiakan suami tu keje orang pompuan. orang pompuan kene maintain. kitaorang kaum adam relax jer.. makin tua makin menjadi. rasa-rasa nyer makin tua makin muda plak. kalau jeling2 kat anak dare cam respon jer.. haa..haa (nasib baik bini aku tak pandai blog2 ni.).. apa komen ko shake?? betul tak cakap aku...mmmmm.. heeeeeee....
Ok shake. ni cara ko nak tengok downline ko.
1. masuk kat laman ni http://www.b-swan.my/
2. Ko klik kat bahagian atas (login)
3. kat member system tu ko klik English ( kalo ko pandai cina terus jer...klik ..he...)
4.Kat kotak 1 tu masukkan id ko (60058415)
5. kat kotak 2 masukkan no : 123
6. Kat kotak 3 ko masukkan no yang kat sebelah kotak tu.
7. Tekan login.
8. kat kotak navigator sebelah kiri tu ko klik kat downline viewer
9. kalo dia mintak paswwor ko tekan lagi 123
tengok laa dowline ko...
TAK APALAH....
Assalamualaikum ...
Ali n Shake...... aku tau memang ko berdua je la yang setia membaca blog kite. Tak pe kita bertiga je yang syok sendiri kan...kan.... yang penting blog kite tak kalah ngan blog2 lain walaupun tak ramai pengunjungnya. Tak baik Ali kita hanya berserah tanpa berusaha. Walaupun usia kian menjengah senja ke maghrib kita kene menghargai pemberian-Nya, salah satunya dengan cara menjaga roh dan jasad kita. Kenelah jaga beb apa salahnya saat usia begini kita menggembirakan ati antara satu sama lain betul tak shake.....value tu penting....jadi pe lagi belikanlah si Ati tu satu tiub gerenti..... sampai p keje pun ko akan tercium-cium akan keharuman baunya ha...ha.... bau wangian sireh da..... harganya pun lebih kurang harga syampu rambut yang ko jual tu tak ler mahal sangat.....amacam shake.....
Thursday, July 16, 2009
KAH...KAH...
Adui ... pecah perut tegolek-golek aku ngan korang nih...
geli hati , paru-paru, limpa,rektum n buah pinggang aku bila ko iklankan barangan korang.
rupe2nyer korang pon kaki bisnes gak. tapi korang promote barangan wanita.... bukan main lagi yaa.. sedor ler wehh.. kita ni dah makin maghrib..
takyah laa beria-ria nak suka kan hati suami sangat.. haahaa...
pss... barangan ntok laki2 tak der kee?.ksian orang rumahhh....
aly09.
Wednesday, July 15, 2009
MASIH ADA MASA LAGI.....
....terkedu aq baca kata2 terakhir ko tu....ni kena angkat bendera merah ni....betullah! nak buat camne....kita kena jugak bela dan besarkan usia blog kita ni...ni pun dah nak masuk setahun jagung..masih baru tapi rasa cam dah 10 tahun lak.bayangkanlah usia blog kita ni pada 10 tahun akan datang...masa tu umur 51....mungkin masa tu ada yang mula timang cucu....masuk blog umur 51 pun kira bonus gak.tak dapat den nak gambarkan..insyallah!.andai tulisan kita ni masih disimpan pasti lebih menjadi kenangan kan..
aq tak kisah takat diberi tugas invite kengkawan untuk re union tapi utk uruskan tempat dan masa tu yang problemnye...abg aq kata taun ni dia nak ajak adik abang kakaknya sambut raya kat kluang.maklumlah mak ayah metua dah tak ada lagi...jarang nak berkumpul...apapun tu dalam perancangan.
jadi pada kengkawan yang terbaca blog ni buatlah cadangan untuk next re union batch7680 kita ni.kay...
nani...perfumed drops tu bolehlah dijadikan servenior nanti tapi kenelah bayar ckit...kih!kih!
HAI...HAI...TQ...TAK LUPE...
Aku Tak Lupa....
Hai...assalamualaikum shake aku tau ko yang tulis kan... aku tau ko la penunggu setia blog kite aku penunggu setia blok at5 ha...ha... tentang rancangan reunion kita emmm.... entahlah aku rasa dia orang ni macam tak xcited la bab-bab tu. Mayb kita je kan yang masih seperti bulan november ari tu...terus berhubung walaupun secara maya. Tak apa lah InsyAllah kalau ada kita cuba wat lagi nanti. Pa kata ko pulak cuba arrange kan ... aku rasa k gak. Kita cuba buat masa musim raya aidilfitri nanti kan kebanyakan balik kampung. Tentang bisness no hal ku de jual perfume one drop, make up jenama MAC, pencuci wanita(intimate) best pe dah cuba k boleh mengurangkan pigmentasi tau-tau je la, kuih raya aku dah mula bawak ke sekolah untuk tester, kek lapis horlick, coklat n tudung pun de. Nanti aku cuba masukkan gambar yang de dalam blog. Pencuci wanita kalau ko nak boleh cuba lah shake gerenti ko suka. Silap haribulan bukan ko je hubby ko pun tersuka sama. ...ha...ha....
wel come back!!!! pada A bukan nama sebenar??
Akhirnya dapat gak Nani keudara...rasanya bertepatan dengan waktu yang dinantikan tambahan pulak Ramadhan hampir menjelang pastu Syawal lak...udah pastinya ada sesuatu yang dirancangkan untuk re-union kedua nanti....harap2 adalah ye....kurang2 boleh buat post mortem why our friends yang lain tak dapat masuk blog kan??
tulah....mana tak bersawang kalau dah ditinggalkan hampir berapa purnama...nasib baik ingat jalan balik ke blog...(blok felda bolehlah ingat..)aq pun hampir terlupa password ari tu...nasib baik gak password tu agak antik...
cewah..cewah..takut gak kalau abang 10 tahun lebih muda ye....orang lelaki memang nampak muda tang rambut tapi tang perut....lu pikirlah sendiri....hi..hi..
pas ni kalau ada resepi2 nak berjaya dalam bisnes bolehlah kita kongsi bersama...nak raya ni boleh tambah kertas kaler merah biru kelabu kat dompet kan!....
Tuesday, July 14, 2009
UBAT OOO...UBAT
NAK KEMBALI MUDA???JANGAN LUPA CUBA!!!
Citer pasal ubat rambut aku rasa laki aku dah berkurun beli syampoo ni tapi masih terperap lagi atas gerobok solek tu. Aku rasa biar ku cuba dulu kalau k kalau k pun aku tak pasti nak bagi laki aku cuba atau tak takut dia jadi muda balik perasan pulak nanti.... di kesempatan ni pulak aku pun nak promosi barangan aku nanti eaa. . . . tunggu!!!
ASSALAMUALAIKUM...
ASSALAMUALAIKUM KEKAWAN.....
Setelah sekian lama baru ari ni aku berpeluang menjengah blog kita yang dah hampir-hampir bersawang ni. .Sampaikan nak masuk password pun terpaksa cuba beberapa kali coz dah hampir terlupa. Main cuba try n error. Alhamdulillah aku jumpa balik jalan nak p blog kite. Kali ni aku pasang stremx kat mana-mana dalam rumah aku boleh menjengah segala blog.Waktu aku menaip ni aku tengah tak chat batuk n demam coz mayb banyak makan buah-buahan maklumlah sekarang tengah musim buah...ko orang tak ingat nak balik kampung ke p tengok dusun kat belakang rumah... cian mak bapak ko orang tertunggu-tunggu nak suruh anak cucu makan buah rambutan, durian, manggis n ciku yang ditanam oleh mereka.... tak pe la.... kalau ko orang dah lupa jalan balik at5... Nampaknya aku n Azmi je la jadi penunggu kampung ni. . . .
Sunday, July 12, 2009
HEBAT KO SHAKE.
Ko ni memang ada talent jadi busines women la shake. Aku chek kat website bswan tu ko dah ada downline. cepatnye. aku plak dah slow skit skang sbb aku dah mula belajar semula. Pepe pon harap-harap ada member kita yang lain join. ayuh kita bangunkan ekonomi kita.
KITA BOLEH...
Pasal geng-geng kita senyap jer yek. gaknyer diorang buzy sangat kot. Takpe laa bila diaorang dah tak bz nanti mesti meriah semula blog kita ni yekk. takde nanti aku borak dengan ko jer laa kat blog ni.
Tuesday, July 7, 2009
TAK KENAL MAKA TAK CINTA...
HII....Alhamdulillah akhirnya aq dah memiliki BSY produk buah mengkudu tu...thanks kat ali yang banyak menolong aq utk mendapatkannya...dan alhamdulillah gak cz bila aq sendiri merasa
kebenarannya..maksud aq keistemewaan buah mengkudu yg dicipta oleh NYA..
Siang tadi aq dapat kiriman bungkusan produk tu..bila suami aq balik kerja aq pun buatlah demo kat dia...mana uban yang terselit2 tu aq sental ngan syampu tu...paling penting misai melintang dia tu...seperti yg dikata memang betullah...ada perubahan...jadi hitam..
aq pun taruklah kat rambut aq lak.rambut lepas cuci kena letak gak kondisioner utk lebih lembut...apa yang penting lepas aq massage kulit kepala tu...kepala jadi ringan....rambut pun rasa ringan w.pun dah lewat malam cz aq buat tghari tadi.uban yang nak mencelah tu pun dah jadi hitam...
La ni aq dah jual 1 peket petang tadi dan 6 peket lagi dah dibooking...esk aq nak hantar..tadi booking kat talipon...rata2nya ramai yang berminat...rezeki jangan ditolak kan....he..he...
pas ni banyakle jahitan aq terbengkalai dek pekena produk ni...
jadi...jomlah join....pas ni kalau re union tak de lagi kita reunion bisnes lak kan??mana taknye
korang semua dah menyepi....uhuk...uhuk....(sedih..)
Saturday, July 4, 2009
Thursday, July 2, 2009
SORI YAA...
Sori pada semua member. aku bukan berniat nak merosakkan blog ni dengan berniaga tapi cuma tumpang sekejap jer. aku janji aku akan delete semuanya nanti dalam tempoh 2 3 bulan. ok..
HA.HA.. BAGUS..BAGUS
Nko ni baru nama kawan sejati shake. Aku bukan beniaga sangat mula-mula. aku takut jugak nak guna syampoo tu . takut tak jadi. Tapi aku try kat ayah aku yang dah penuh uban kat kepala. 10 minit aku buat kat dia aku suruh bilas. nko tau dia tak keluar-keluar dari bilik air. puas aku tunggu. Tak lama kemudian dia keluar pakai topi. ha..haa dia malu sebab rambut dia jadi itam . macam oang muda.
aku try plak kat tukang kebun sekolah aku. dia nak hitamkan misai dan janggut. nko tau esoknya abis itam misai dengan janggut dia...
sebenarnya menda ni syampoo je. Dia bukan pewarna rambut. Dia merawat rambut gatal-gatal. kalau botak pun dia rawat semula. dibuat dari bahan yang suci dan tak ada kimia. aku dah tanya ustaz2 boleh tak pakai ni. Ustaz kata kalau ianya dijadikan ubat tak mengapa sebab asal rambut kita warna hitam (kecuali aku laa) dan kita bukan bertujuan mengubah warna. Satu lagi fungsi syampo ni bukan untuk menghitamkan uban( rambut uban tak hitam) yang akan jadi hitam ialah rambut yang rosak dan berpenyakit.ia juga merawat kulit kepala kita. kelemumur tak jadi masalah lagi. kita ni tak berapa tua lagi kadang-kadang dah putih abis rambut sebab banyak sangat terdedah pad kimia.
mula-mula aku ambik sekotak. aku try tanya kawan-kawan ada nak beli tak.ramai nak beli. Nko tau 2 hari jer aku jual 20 bungkus. Patut harga dia 1 bungkus rm20. tapi kawan-kawan aku jual rm 15 jer. kao bayangkan modal rm150 sekotak(jadi ahli) 20 bungkus aku jual rm15 sebungkus. semuanya aku jual 2 hari jer aku dapat rm300. makna untung runcit rm150 dalam masa 2 HARII!!!..
kalau nko nak jadi ahli nko send no tel nko kat aku (016-9716791). nanti aku uruskan keahlian nko. pasal barang tak apa . nanti aku pos. duit boleh bank in (nanti aku bagi no akaun).
setahu aku kat kota produk ni tak heboh lagi. tapi kat kuantan ni meletop.. kalao ko jual kat member2 mesti lakunya. menda2 informasi nko pgi je laman ni...
http://b-swan.com.my/news.php
Tu laman utama syarikat ni. tapi kita target jual syampoo je.
kalau nak tengok marketing plan dia kat sini..
http://eduworld.com.my/e107_files/downloads/bswan_marketingplan.pdf
psst... sebenornya aku tak pakai pon syampoo ni sampai sekarang sebab takut rambut aku tukar kalerr itam....
Pada member-member yang berminat sila hubungi aku 016-9716791
GRATIS DONGGG....
Wednesday, July 1, 2009
promosi rambut nampak?!!!
ewah ali sonyap2 ko bukak bisnes baru ye...patutle dah lama tak muncul.ko dah buat xperimen dulu ke??...kalau ok boleh aq join...asal rambut tak perang udahle....ko bukan tak tahu bila dah umur2 ni rambut suka nak luruh pulak..'.kaler putih' pun mula nak join...cuma ko kena terangkan di punya ingredients...aq dah bukak laman web berkenaan produk ni....aku pun rasa berminat gak.member punya pasal biar aq join bawah kau.tapi ambik yang rm 150 dulu...next kalau ok boleh up...k
shake.
BERITA BAIK UNTUK KORANG.
PERHATIAN!!!
Satu penemuan baru telah dicipta bagi memelihara dan mengekalkan kecantikan rambut yang merupakan mahkota anda..
Nak tau lebih lanjut pegi ke blog aku..ali
http://gadisrambutcantik.blogspot.com/
hee.. bisnes laa pulak...
Tuesday, June 30, 2009
ASSALAMUALAIKUM..
persahabatan itu terjalin
persahabatan itu
dan
Saturday, June 20, 2009
KORANG YANG DIRINDU
ingin kubertanya..apakah ini suratan takdir yang menentukan.....atau hanya satu kesilapan
hai...apa khabar korang semua....
kecian nya tak de sapa yang nak melakar coretan di ruang ini....apa pun segalanya tak semestinya berakhir setakat catatan semalam.
korang sibuk ke????
has..aq puji dengan sikap dan ketabahan yang ko lakukan semasa menghadapi saat2 genting
pembedahan suami ko tu....tak sia-sia segala usaha yang dah ko lakukan dan melakukan solat hajat n istiharah..akhirnya dimakbulkanNya...amin! so sori jugak coz tak dapat menziarahi ko.tau2 ajelah...cuti lepas dah habis kat langkawi n kl.hingga aq lupa nak bertanya kabo...semalam baru sempat jengah blog ko...nak tulis kat comment tak leh masuk...tu yg tulis akt sini...
Aq rindu ngan tulisan NANI,ALI,ALAM,SALI,JAH,PEAH.camne nak dapatkannya ye???
Tuai padi antara masak ..esok jangan layu-layuan....intai aq sementara nampak .....next time tak tau le...camne la pulak!!!
shake 09'
bat
Monday, March 16, 2009
JOM BACA BUKU NI......
NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI....padat dgn tip JUTAWAN berilustrasi...DR IRFAN KHAIRI.....aq pun tengah baca...best gak!....shake.
TAHNIAH. . .
TAHNIAH! ! ! Wat Alam akhirnya usaha dia nak dapat anak lelaki dah berjaya. Tu pun berpeluh-peluh dibuatnye sampai keluar peluh jantah baru dapat baby boy.Boleh tahan ler baby dia putih tapi bukan macam bapak dia tau . . . Nama baby ko orang kenelah tanya bapak dia . . .
Amboi-Amboi
Assalamualaikum. . .
Anyway tq ler Ali coz ko dah de masa nak jengah blog kite ni. Aku pun macam ko gak bz , bila cuti ni lega cikit. Sebelum cuti aku sibuk ngan bola jaring daerah n negeri n karnival bahasa. Sibuk melatih bebudak bahas. Lepak gilerr. . . keje guna otak ni. Naik cuti mula ler sibuk balik coz terlibat ngan karnival bahasa peringkat negeri n terlibat karnival sukan sekolah-sekolah teknik. Dah keje nak wat cam na. Tapi yang seronoknya habis aku latih bahas , lidah ni asyik gatal nak berbahas memanjang. kat umah cakap dengan hubby aku pun dah ikut gaya bahas . . . dia nak dengar pun tak sanggup. . .
Amboi-amboi sedap tangan ko mengata aku macam mak cik dalam citer congkak eaa. . .tak pe lepas ni mak cik ni ler yang berhantu dok ngadap blog.. . he. . .he. . . Shake ko p mane? Dah merajuk ke??? Any way tq. . .wassalam.
Friday, March 13, 2009
TAKUTTTT......AKUU..
Aku ingat aku sorang je busy n tak jengoh dalam blog reunion ni. rupenyer korang pon sama. Masing-masing musti tengah sebok memblog dalam blog masing-masing. memang ler..seronok tengok blog kita cantik.
tapi aku rasa blog kita tak lama lagi jadi blog berhantu laa sebab tak ada penghuni. Tuan rumah (nani ) pon dah macam makcik dalam cerita CONGKAK tu. kejap ada kejap tak ada...
ali. ktn
10.pm
Wednesday, March 11, 2009
PEKABO SEMUA..??
Aku mintak maap le bebanyak kat korang sumer. Bukan aku dah lupa nak menjengok n menulis dalam blog reunion kita. Cuma skang aku busy sangat-sangat. Kan aku kata aku sambung belajo lagi. Ari jumaat n hari sabtu full time aku kuliah. Ari Ahad je ada masa. Tapi time tu plak aku kena jengah anak-anak kat asrama. So masa aku terlalu sempit.Aku ngajo petang. Dekat magrib baru balik. Malam plak aku ngajo tusyen. Malam yang aku free plak kena siapkan assigment. Sampai kekadang dengan bini pon belaga bahu jer. Tak sempat nak senyum-senyum pon. Apa lagi nak...........emmemmm. (heeeeheee). Ala bini aku spoting apa .Walaupun dia ustazah dia faham perangai aku.. Dah 15 tahun kawen.dah masak dengan gurauan aku.
Macam mana pon korang jangan risau. aku tetap ingat pada korang. Lebih-lebih lagi bila tengok gambo lama-lama kita dulu.Nolstagia zaman kanak-kanak kita dulu tetap bermain dalam ruang ingatanku.
Pepe pon aku nak ucap slamat bejaya pada korang n slamat menempuh hari-hari yang bahagia bersama keluarga tersayang....
i 'am soriiiiiii......
ali.ktn.6.32 petang.
Sunday, March 8, 2009
TANGGAL 12 RABIULAWAL 1430 HIJRAH
SAMA-SAMALAH KITA MEMPERINGATI TARIKH KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD S.A.W...DENGAN MEMPERINGATINYA KITA DAPAT MENDALAMI DAN MENJIWAI PENGORBANANNYA DEMI UMAT ISLAM YANG TERCINTA...MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSELAWAT BANYAK2..SEMOGA KITA SAMA2 MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA DI AKHIRAT NANTI...amin.....PESANAN KEPADA SEMUA JANGANLAH KITA MENGGUNAKAN ISTILAH 'MAT' DAN 'MINAH' KEPADA INDIVIDU2 YANG TIDAK BERMORAL...KERANA MASYARAKAT MENGGELAR MAT SINGKATAN NAMA MUHAMAD MANAKALA MINAH SINGAKATAN NAMA AMINAH...SESUNGGUHNYA KEDUA2 NAMA ITU AMAT MULIA DI SISI ALLAH TAALA! INGAT2LAH SEMUA....KITA SERING LUPA...MELAYU MUDAH LUPA...JADILAH UMAT ISLAM YANG TIDAK MUDAH LUPA!!...
Shake 09'
Tuesday, March 3, 2009
TULIS...JANGAN X TULIS!!!!....
aq x merajuklah....aq ada kat blog cuma x tulis je....blog kita rasa sunyi lak..masing2 sibuk ngan kerjayale katakan!...cuma utk makluman aq nye blog lama kena ubah suai atas sebab2 tertentu...apa pun datanglah berkunjung kalau sudi...nani ko lagi banyak idea nak tulis..rasanya ko pun lama menghilang...betullah blog kita lom mencapai dan mengapai matlamatnay...aq dah usahakan tarik diaorang gak tapi masing2 ada masalah.....x dapek den nak tolong!...korang hias2lah blog korang ngan gambar ngan artikal nanti aq jengah.
Diam x diam catatan terakhir ko semalam pun dah ke 100 catatan...ada gak perkembangan..aq nak tulis selalu pun x seronok kalau korang x sama2 join venture tulis sekali...tul x?...kita tunggu je si alam,has,sali,jah ngan peah tulis lak....ali pun dah lama x tulis...ko jangan merajuk ali...aq ada gak jengok ko punya blog...baru kenal wife ko...cuma jangan sampai wife ko kecik ati ko tulis cam tu kan?....he..he....shake09'
KENAPA? ? ? DI MANA ? ? ?
ASSALAMUALAIKUM. . . HAI GENG KO ORANG P MANE? LAME TAK NAMPAK JENGAH BLOG. SUNYI KAN. . . SHAKE KO BZ KE ATAU DAH MALAS NAK MENULIS A T A U KO DAH MERAJUK? JANGAN LE MERAJUK2 NANTI KENE LELONG PLAK MACAM DALAM CITER 3 ABDUL. JENGAH2 LE SEMULA EA SHAKE. . . TA KO PLAK SIBUK MENJAHIT KE? PE2 PUN KO ORANG LER YANG SELALU MEMERIAHKAN BLOG KITE. ALI SAMBIL2 KO TULIS KAT BLOG BESERAH KO TU JANGAN LA LUPE KAT KITE ORANG YANG DE KAT BLOG NI. . . NAMPAKNYA OBJEKTIF KITE BELUM TERCAPAI KAN . . .YA LA HAJAT NK MENARIK LEBIH RAMAI GENG RUNION MASUK BLOG KITE BELUM KESAMPAIAN LAGI KAN. . .KAN . . .
Friday, February 20, 2009
Kita kongsi bersama kelebihan surah al fatihah
Asalamualaikum...tq nani coz bagi banyak petua.. aq rasa terpanggil utk berkongsi bersama mengenai kelebihan surah Al fatihah..salah satunya utk penerang hati.Stepnya ialah..
1. Baca sebanyak 10 kali dlm sehari
2. 7 hari berturut2
3. selepas dibaca setiap hari dibaca tu hembuskan ke dalam sebekas air
4.Bila dah cukup 7 hari diminumkan pada sesiapa yg kurang cerdas fikirannya(bebal,bodoh,gelap hati)INSYALLAH!...
TIPS UNTUK KAUM ADAM
TIPS UNTUK KAUM ADAM
- BERSIHKAN MUKA -memudahkan untuk anda bercukur dan melicinkan permukaan kulit.
- GUNAKAN BAHAN PELEMBAB- gunakan bahan pelembab kerana ia boleh megembangkan pori-pori muka dan menanggalkan saki baki kotoran. Ia juga melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.
- GUNAKAN CERMIN- mudah untuk melihat kawasan yang hendak dicukur
- PEMILIHAN PISAU CUKUR- pilih pisau yang bersesuaian bagi sesetengah kulit elakkan penggunaan pisau cukur bermata nipis.
- GUNAKAN BERUS-muka perlu disapu losen atau krim. Berus berbulu halus dapat meratakan losen ke permukaan yang hendak dicukur.
Wednesday, February 18, 2009
Monday, February 9, 2009
ASALAMUALAIKUM......(x jawab dosa tau)...
x tahulah nak mulakan kat mana ni...korang apa kabar semua?....mata aq ni rasa mengantuk lak...jam baru 10.30mlm..apa hal pun tulis je apa yg terlintas di fikiran..kalau ada yg x sedap dibaca mintak maaflah banyak2...
Nani camne ko sekarang dah beres keje2 tu?...mintak2 dah beres...cuti kan 3hari..aq arap ko x loya2 lgi ye...mencabar sungguh jadi cikgu ni...kalau aq rasanya x sanggup pikul tanggungjawab cam korang semua...besar pahalanya tu!... bulan februari ni keje2 korang lebih drp biasa kan...sabar aje...mintak ada masa menulis sepatah kata kat blog...rindu ngan catatan ko..
Ali pun ada masa gak tulis...sali lama x muncul...alam ngan hasnita menyelam x timbul2 lg kat mainblog kita ni...oksigen dah abis kot!...he..he..
Jah lama x nampak...urus anak ke asrama kot!...anak p'puan aq pun esok daftar marsm utk ting 1 kat Bpahat.xle jauh tapi 'taun ni mak aji' kena berkorban apa aje...ari tu masa masuk STinggi kluang dia kata x nak masuk mrsm..bila dah lengkap adegan bayo membayo kat STK ,cinta dia beralih arah lak kat mrsm...pening lalat aq dibuatnya...nasib baik BPahat sejengkal...kalau x...apa2 aje ko ni nak!....
Sejak ada blog ni mata aq cepat silaulah....nak rabun kot aq ni...mata pun cepat letih..so aq nak undur diri dulu ye...
Saturday, February 7, 2009
Haii eberi bodiii....

Monday, February 2, 2009
Maaf Peah N Kekawan
Sunday, February 1, 2009
UCAP HEPI BESDAY KAT ALAM KITA NI..
Alamak kengkawan..besday alam semalamle...kes lupa nak inform tarikh besday utk bulan feb ni....editor kena catat semula nampaknya..biaq dunio tau !....kalau x .....sedihh!...apapun memandangkan aq dah terbaca n sempat lagi nak ucapkan .....
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU"
Semoga berbahagia di cc mem tercinta,anak2 yg tersayang,dilanjutkan usia ...murah rezeki...bulan mac dpt cahayamata baru.....Rosminah...selamat melahirkan!....
SELAMAT DATANG PEAH...
PEAH...KO KLIK COMMENT KAT BAWAH NI.PAS TU KO TULIS..NAK TANYE APA YG BOLEH DIBANTU JE...KAT CNI RAMAI CIKGU INTERNET!..KEH..KEH.
Friday, January 30, 2009
ELAKKAN HIDANG NASI BUNGKUS KEPADA SUAMI
ali.ktn
Wednesday, January 28, 2009
CARA-CARA MENAHAN MARAH
7 cara menahan marah
- Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti sabar, tenang,baik hati dan lain-lain.
- Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika dia hendak marah dan ingat tentang keburukan apabila marah serta ingat akan kelebihan apabila menahan marah.
- Bersedia memaafkan kesalahan orang lain
- Meminta perlindungan kepada Allah
- Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk dan seterusnya.
- Tidak berkata-kata kerana berkata-kata boleh menambahkan kemarahan
- Berwuduk kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api hanya air wuduk yang dapat membantu memadamkan api kemarahan.
GEMA DERITA
Laungan suara mohon pembelaan
Bergema di seluruh maya
Diinjak kedaulatannya
Dicabul maruah bangsa
Tertoreh parutan luka
bisa merosak jiwa bangsa
Fakirnya jiwa manusia
tika mengukir nama di persada
menggempur kuasa gila
merentas sempadan kuasa
mempertaruhkan dendam berbisa
Hidup dilingkari derita
di setiap penjuru penuh sengsara
Anak kecil tidak berdosa
menangis. . .meratap hiba minta dibela
Fakirnya jiwa manusia
jauh dari rasa simpati
Bumi merdeka punah terbakar
disasari hujan peluru
punah satu persatu
Darah merah pekat mengalir
hanyir ditiup angin semilir
Namun tiada insan terpanggil
membantu, membela maruah
nasib si kecil
Tuesday, January 27, 2009
Aku rasa kan.....
masing2 x de idea nak masukkan artikel kat blog....aq pun alami perkara yg sama.rasanya membaca blog aje pun ok pe....seronok tengok perkembangan baru kengkawan...nak upload gambo...gambo x de yg baru kot....dahle kita punya chater x berapa ramai...yg ada pun tengah sibuk...apa kan daya....asal jangan blog kita berkubur udahle...sedih rasanya... everyday aq sentiasa bukak blog w.pun kadang x memuat turunkannya!.....shake09'
Saturday, January 24, 2009
ALLOWWW....

Friday, January 23, 2009
JANGAN LUPE. . .
Assalamualaikum. . .
Hai kekawan walaupun korang dah de blog masing-masing jangan le lupe nak singgah kat main blog eaa. . . nanti sepi pulak. . . kata orang tu sambil menyelam minum air. Nak p blog korang kan lalu blog srkat05 jangan lupe tau singgah ! ! !
Woi Ali lame aku tak baca tulisan ko. Ko p mane a. a. . .. busy eaa? tak kan ko pun dah sampai palestin tak balik2.... kurang2 sebelum p tu ko dah tinggalkan pesanan untuk kita orang yang tinggal kat blog ni. . .
Thursday, January 22, 2009
Ni Ler Antara Keje Aku. . .
Ni ler antara keje aku kat sekolah walaupun penat tapi aku suka . . . best. . . kurang-kurang aku berpeluang untuk xcise ngan member2. Gambar ni masa aku kat Segamat sempena kejohanan Bola jaring MSSJ tahun lepas. . . Dia orang ni group yang sporting semuanya mak-mak orang n nenek orang pun de gak, kalau de pun yang single cuma sorang dua je . . .
Hai. . .
Assalamualaikum lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Rindu gak rasanya.Wah bukan main rancak ea ko orang ngan blog masing-masing bagus ler kurang-kurang tambah celik hati korang tentang dunia IT ni. Terutamanya mak-mak anak polis tu bukan main terrer dia sekarang. Aku gak yang terkial-kial godeh sana sini tup-tup sekali aku chek dah de tiga blog. . . shake tolong kejekan blog aku. Aku nak ko bunuh dia tinggalkan satu blog je k. . . he. . .he. . .
Ni kan gambo aku masa p pra bercuti ari tu. 2 orang tu anak sedara aku. anak aku yang kecik tu je yang ikut. . . ni kiranya aku yang terkini . . . makin berat beb !!! he. . .he. . . suka ati coz dapat jumpa n berhubung ngan ko orang.
Apa kata kalau.....
nani ko antar aje kat blog yang biasa kita tulis....iaitu blog srkat05 tu....aq x leh bukak ko punya mssg....soal blog ko tu pasti nanti leh settle...lama x tengok ko punya mssg....ali lagi lama....almaklumlah lepas geram kat blog sendiri katakan!..(ye ke ali?) shake09'
Tuesday, January 20, 2009
meraikan kejayaan
mlm selepas keputusan upsr.tahun 2008.yg pakai topi ank yg.sulong,tudung putih ank no4,tudung itam yg.bongsu....(dah boleh istihar) dh 41 ni kan...depan yg bongsu tu ank no2.ank no3 x da dlm gambo..yg lain tu korang kenal kan.
APO NAK DIKATO.........
....sebenonya aq nak muat turunkan gambar ni kat blog aq sendiri tapi malangnya blog aq tengah demam...demi melancarkan aktiviti memblog ni aq turunkan kat sini....gambar kenangan ngan lakiaq masa mes night tahun lepas kat Persada Johor..aq ni jarang bergambo tu yang x berapa ada stok gambo....x cam nani n sali...banyak koleksi...nantilah aq ambik gambo baru....banyak gambar pun takut x muat kang blog kita....(ye ke?).....shake09'
Sunday, January 18, 2009
HEPI BESDAY!!!!
Saturday, January 17, 2009
GADO2 TANDA PERSAHABATAN LE KATAKAN!....
biasele....bila dah bertemu...gado2 manje namanye...manje sbg sahabat je x lebih drp tu...nanti kena ketuk ngan senduk laki n bini masing2 kang nyaya!......kena repot talidera!..aq pun bz gak tapi selalunya hujung minggu mesti bersama ngan family kecuali laki ade keje.ari2 biasa kena pegang tugas ...jadi tukang masak,tukang cuci,tukang kemas ,penasihat anak,cikgu anak2,n driver.paling boring tugas driverlah..anak aq sekolah lain2,paling jauh 4km n paling dekat 2 km.sakit badanlah ari2 drive. wpun kena anta aq lebih suka tengok anak2 masuk n keluar pintu sekolah depan mata.x semua dpt anta kena adjust masa gak suruh van ambik utk ke sek.agama..bukan apa...bila ada aktiviti perkep aq terperangkap ngan masa...masa ni memang lom bz lg..pas mesyuarat agong perkep startle bznya...mintak2 ada masa mengarang kat blog kita ni.
gambo bola jaring tu korang lawan peringkat sekolah kan?...alahai...bestnya masa tu..ada cikgu nasir jabar,rosdi n cikgu md noh.....cikgu rosdi baik yek..masa darjah 4 bila raya dia bagi duit sorang 20 sen kat kita kan aniza(4 tun razak)x tahule klu ko dpt lebih!...keh!keh!cikgu md noh x banyak cakap tapi klu anginnya sampai abis baruah! penyapu! dia sebut!....takut!...tu masa aq darjah 3 le...apa khabar dia orang skrang yek? .... shake09'
KITA TAK SAMA.
Aku bz lain nko bz lain. ko cikgu merangkap isteri, merangkap surirumah. aku bapak ,merangkap somi,merangkap cikgu, merangkap student. Aku sambung blajo lagi. weekend pon tak dok rumah. bukan merangkap lagi... dah kira merangkak dah ni....
hek..Elee... dulu kecik-kecik bole ler nko kuat lari. nko kalah kan sumer orang.. aku cabar nko kumpulkan sume geng-geng kita dulu temasuk eshak othman n kita lumba lari semula 100 meter. Aku boleh jamin lahh tak sampai 100 meter.aku ingat 20 meter jer... nko dengan sumer2 geng kita, dengan eshak othman, dengan aku-aku sekali dikejarkan ke hospital yang berdekatan.
Jadi ..
wahai kenkawan ku yang budiman.. insaflah...
kita sudah hampir ke penghujung usia...
janganlah cuba-cuba nak belari..
hatta melarikan diri dari rumah sekalipon..
atau melarikan diri dari hutang along atau kad kredit.
kalo korang nak lari jugak lari lah main kejor-kejor somi isteri udah ler..mesti rumahtanga korang aman bahgia..aminnn.
ali.ktn
KALAULAH. . .
Ya la tu. . . aku pun cg gak bz tu memang bz tapi blog tetap aku jengah walau sekelip mata. Ni balik-balik dari Segamat siap2 keje aku terus buka blog. . . seronok baca komen kekawan walaupun tak lah banyak mana tapi dah kira meriah jika bandingkan awal2 dulu.
Semalam kat sekolah aku wat pertandingan merentas desa (Kg Felda) macam dulu2 kita buat.Kalau 28 tahun yang lalu aku n kekawan yang lari tapi la ni aku tengok anak murid aku pulak yang lari. Aku tengok dari atas motor sambil round2 kg. Best plak tingat balik zaman2 remaja dulu. Bak kata JJ Andai dapat ku ulang kembali, Waktu indah bernama remaja. . . . bestnyeee....paling tidak aku tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan pingat he. . .he. . . masa tu kalau dapat rewind balik aku nak kalahkan CT Aminah, Noraini Harun, Rosmah n n n Yusak, Alam, Amir n ko sekali la Ali . . . termasuk ler Shake, Sally, Hasnita, Jah n n n semua2 la. . . yang pasti aku nak jadi JUARA. . . TAPI. . . . ha. . . ha. . . emmm. . . .hakikatnya rumah sukan aku je yang selalu jadi Juara sedangkan aku . . . habuk pun tarak. . .
Friday, January 16, 2009
Cadangan aku.
Bz btol laa aku skang. tak sempat nak borak-borak dengan korang.
aku cadang korang yang main netball (yang ada dalam gambo tu) jumpe semula n wujudkan semula team korang untuk menguatkan lagi nolstagia dulu. Pah tu korang amek gambo..
tapi aku arap jangan sesekali korang teringin nak pakai sut masa kecik tu lagi..
aku takut laki n anak-anak korang sesak napas pulak..heee
ok ler.. aku jemput korang lawat ler blog aku yer..
STAR SRKAT05 1980
Dari dulu ...kini... n . . . . tak tau sampai bila... ??? aku masih berkecimpung ngan sukan ni. . .tapi taklah pakai camni. . . pitam member tengok sut ni pun aku rasa dah masuk arkib tu pun kalau de kat srkat 5 lagi , kalau tak pun entah2 dah wat kain lap cermin tingkap sekolah he. . .he. . .. Aku rasa kalau dikumpul balik member2 yang masuk team ni masih boleh menyengattt lagi ni. . . .




















