Monday, September 7, 2009

TENGGELAM TIMBUL

Hi Kekawan,

Aku minta maaf sbb lama dah tak menjengah blog kita ni. Mula-mula tu aku terlalu sibuk sangat. Keluar rumah tak nampak matahari. Balik rumah pun matahari dah tak nampak. Pas tu bila keadaan kerja aku dah okey sikit, aku nak buka blog tak boleh masuk plak!!

Hari raya tahun ni giliran suami aku. Jadi kena beraya di rumah mertua aku. Insyaallah, aku akan balik ke AT5 pada hari raya ke dua. Jemput ler datang rumah mak aku. Korang ada tak pada raya ni? Aku selalunya kalau balik AT5 terperap jer kat rumah, tunggu tetamu datang. Kalau kau orang ada boleh ler aku anak beranak datang menziarah - untuk mengeratkan lagi silaturahim kita yang dah terputus dan baru nak bercantum kembali nih. Dalam handphone aku cuma ada HP tiga org jer - Alam, Nani dan Jijah. Ali, Shake, Asnita - apa nombor korang? Kat blog ni ada senarai nombor HP tak?

Panjang lak aku tulis, nanti kau orang boring lak nak baca. Apa-ape pun aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" walaupun dah agak terlambat. Better late than never!!. Aku minta maaf sebab tak dapat nak menghantar kad pada kau orang semua. Dah lama aku tinggalkan aktiviti menghantar kad raya ni. Jadi dalam blog ni aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMPUT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN". Kalau ada yang terkasar bahasa, terkecil hati, aku minta maaf dan kalau ada yang termakan dan terminum tu, aku minta halalkan. Bye! Sali.....

0 ulasan: